Penggunaan pembelajaran berkhidmat memperkembangkan tanggungjawab sosial dalam kalangan guru pelatih Pendidikan Moral Upsi
Type
Thesis
Main Author
Barathi Santhasaran
Additional Authors
Noor Banu Mahadir Naidu (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Pembelajaran berkhidmat ataupun Service Learning (SL) sebagai pedagogi pengajaran dan pembelajaran telah diberi tumpuan diperingkat sekolah dan institusi pengajian tinggi apabila John Dewey memperkenalkan konsep pembelajaran berasaskan pengalaman. Perubahan global mengubah peranan institusi pengajian tinggi sebagai agen sosial komuniti dalam menjadikan SL bukan hanya sebagai pedagogi pengajaran dan pembelajaran tetapi pendekatan untuk memupuk tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan SL dalam menyelesaikan keperluan komuniti dan memperkembangkan tanggungjawab sosial melalui pengintegrasian SL dan Corporate Social Responsibility (CSR) dalam kalangan guru pelatih. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif berbentuk kajian kes menggunakan triangulasi instrumen iaitu jurnal refleksi, temu bual dan pemerhatian untuk menjawab persoalan kajian. Seramai 42 orang guru pelatih program Pendidikan Moral dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dipilih menjadi sampel kajian menggunakan teknik persampelan bertujuan. Lima fasa pembelajaran Kaye digunakan dalam proses analisis data dengan menggunakan perisian Nvivo 12. Dapatan menunjukkan bahawa pengetahuan dan pengalaman pengintegrasian pendekatan SL dengan CSR telah membantu peserta melakukan projek komuniti yang lebih sistematik dan bermakna. Kajian juga menunjukkan perkembangan tanggungjawab sosial dan kemahiran insaniah melalui projek SL. Oleh itu, pendekatan SL dilihat relevan sebagai suatu pedagogi berasaskan pengalaman yang bukan sahaja memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga menyumbang kepada keperluan komuniti setempat. Implikasi kajian menunjukkan universiti berperanan sebagai agen sosial dalam meningkatkan tanggungjawab sosial generasi muda. Selain itu, konsep baharu pengintegrasian SL dan CSR, iaitu University Corporate Social Responsibity (UCSR) membuka ruang baharu untuk kerjasama korporat dalam dunia pendidikan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.