UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengesahan model berstruktur terhadap pengaruh sokongan sekolah efikasi kendiri Komputer pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dan tekanan teknologi dalam kalangan guru

AVAILABLE Thesis 92 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pengesahan model berstruktur terhadap pengaruh sokongan sekolah efikasi kendiri Komputer pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dan tekanan teknologi dalam kalangan guru
Type
Thesis
Main Author
Yip, Chan Ling
Additional Authors
  • Abdul Halim Masnan (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengesah model struktur sokongan sekolah, efikasi kendiri komputer, pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dan tekanan teknologi dalam kalangan guru tadika di Selangor. Pendekatan kuantitatif bersama reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini melibatkan 739 orang guru tadika di Selangor. Analisis Structural Equation Modelling (SEM) digunakan untuk menguji model, menganalisis faktor pengesahan dan menganalisis kesepadanan dan mengesahkan model. Soal selidik sokongan sekolah, efikasi kendiri komputer dan tekanan teknologi serta PTPK digunakan. Dapatan analisis faktor pengesahan menunjukkan model sokongan sekolah, efikasi kendiri komputer, PTPK dan tekanan teknologi berjaya mencapai indeks kesepadanan (RMSEA=0.049, CFI= 0.981, PGFI=0.656). Dapatan menunjukkan sokongan sekolah mempunyai hubungan negatif terhadap tekanan teknologi dan signifikan (_= -0.274, P=0.000); sokongan sekolah mempunyai hubungan positif terhadap PTPK dan signifikan (_= 0.512, P=0.000); sokongan sekolah mempunyai hubungan positif terhadap efikasi kendiri komputer dan signifikan (_=0.886, P=0.000); efikasi kendiri komputer mempunyai hubungan positif terhadap PTPK dan signifikan (_=0.107, P=0.000); efikasi kendiri komputer mempunyai hubungan negatif terhadap tekanan teknologi dan signifikan (_= -0.029, P=0.046); PTPK mempunyai hubungan negatif terhadap tekanan teknologi dan signifikan (_= -0.725, P=0.000). Selain itu, efikasi kendiri komputer merupakan pengantara antara sokongan sekolah dan tekanan teknologi (b= 0.032, p= 0.000). Manakala, PTPK merupakan pengantara antara sokongan sekolah dan tekanan teknologi (b= 0.096, p = 0.000). Kesimpulannya, kajian ini berjaya mengesahkan model struktur sokongan sekolah, efikasi kendiri komputer, PTPK terhadap tekanan teknologi dengan mencapai indeks kesepadanan. Kesimpulannya, hasil dapatan kajian membawa implikasi bahawa sokongan sekolah, efikasi kendiri komputer dan PTPK dapat mengurangkan tekanan teknologi guru tadika. Selain sebagai sumbangan literatur, kajian ini dapat dijadikan panduan oleh guru, sokongan tadika, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merancang cara mengatasi masalah tekanan teknologi yang dihadapi semasa menggunakan teknologi.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.