|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan membentuk satu model aplikasi DNA Bola Sepak Malaysia yang berkesan terhadap prestasi pemain bawah 16 tahun lelaki MSSM Kedah dengan menggunakan pendekatan kajian mixed method melalui reka bentuk exploratory. Seramai 8 orang jurulatih daripada kalangan guru telah ditemu bual untuk mendapatkan data kualitatif, manakala 88 orang pemain bawah 16 tahun terlibat dalam soal selidik kuantitatif. Pemilihan peserta kualitatif berdasarkan prinsip saturation of information, di mana maklumat yang diperoleh tidak lagi menghasilkan data baharu. Data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah thematic analysis (Patton, 2002), manakala data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 27. Dapatan kualitatif telah menghasilkan tiga tema utama iaitu kompetensi jurulatih, pengurusan jurulatih dan kepimpinan jurulatih, yang menjadi asas dalam pembentukan model aplikasi DNA bola sepak. Dapatan kuantitatif pula menyokong tema ini melalui penilaian pemain terhadap aspek-aspek penting aplikasi DNA bola sepak: karakter jurulatih menunjukkan tahap sangat tinggi (M=4.28, SD=0.27), diikuti dengan motivasi (M=4.03, SD=0.25) dan teknik (M=3.98, SD=0.27) pada tahap tinggi. Aspek lain seperti pengetahuan (M=3.20, SD=0.25), strategi (M=3.21, SD=0.14), disiplin (M=3.30, SD=0.29), serta cabaran (M=3.23, SD=0.36) berada pada tahap sederhana. Keseluruhannya, kajian ini mencadangkan satu model aplikasi DNA Bola Sepak Malaysia yang holistik, yang bukan sahaja menekankan elemen teknikal, malah aspek sahsiah, kepimpinan dan pendekatan pedagogi jurulatih. Model ini berpotensi untuk meningkatkan prestasi pemain muda dan menyumbang kepada pembangunan berterusan pemain bola sepak di Malaysia. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |