UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :P Language and Literature
Main Author :Noraini Ibrahim
Additional Authors :
  • Hasrina Baharum
Title :Perubahan pemikiran kerohanian golongan remaja dalam novel kompenan sastera tahun 2010 hingga 2024 berdasarkan teori SPB4K
Hits :14
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan menghasilkan kerangka pemikiran kerohanian golongan remaja bagi novel Komponen Sastera tahun 2026 hingga 2030 berdasarkan pemikiran kerohanian SPB4K dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Objektif kajian ini untuk mengenal pasti dan menganalisis perubahan pemikiran kerohanian golongan remaja dalam novel Komponen Sastera tahun 2010 hingga 2024 berdasarkan Teori SPB4K janaan Mohd Yusof Hassan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif, dengan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Instrumen kajian yang digunakan ialah senarai semak intrinsik (tema dan persoalan) dan ekstrinsik (falsafah dan kepercayaan) yang memfokuskan kepada pemikiran kerohanian hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Teks kajian yang digunakan meliputi novel Komponen Sastera (KOMSAS) Zon 2, termasuklah 12 novel daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Kajian ini mendapati novel Komponen Sastera sememangnya mengandungi unsur pemikiran kerohanian yang diterapkan oleh pengarang. Namun, berlaku kemerosotan dalam penerapan pemikiran kerohanian untuk golongan remaja oleh pengarang dalam novel Komponen Sastera bagi fasa penggunaan tahun 2016 hingga 2024, berbanding pada tahun 2010 hingga 2015. Berdasarkan kemerosotan penerapan elemen pemikiran kerohanian tersebut, pengkaji mencadangkan suatu kerangka pemikiran kerohanian untuk novel Komponen Sastera tahun 2026 hingga 2030 sebagai cadangan garis panduan dalam merancang pemilihan novel Komponen Sastera akan datang berdasarkan pemikiran kerohanian Teori SPB4K dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kesimpulannya, novel Komponen Sastera harus sesuai dengan psikologi dan falsafah sastera remaja, signifikan dengan pemikiran kerohanian golongan remaja agar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan. Implikasinya, novel yang dipilih sebagai novel KOMSAS dapat memenuhi keperluan pemikiran kerohanian golongan remaja.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.