|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini dijalankan untuk meneliti kolokasi kata berdasarkan elemen budaya dalam buku teks bahasa Iban. Antara aspek yang diteliti dalam kajian ini adalah termasuk (1) mengenal pasti kekerapan kata berdasarkan elemen budaya dalam Korpus Buku Teks bahasa Iban sekolah menengah; (2) menganalisis klasifikasi kata berdasarkan elemen budaya Korpus Buku Teks bahasa Iban sekolah menengah; dan (3) menghuraikan hubungan antara kata berdasarkan elemen budaya dan pemaknaan berdasarkan Korpus Buku Teks Bahasa Iban Sekolah Menengah. Kajian ini menggunakan buku teks bahasa Iban sekolah menengah yang bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Manakala reka bentuk bagi kajian ini pula ialah kuantitatif yang berpandukan korpus. Perisian korpus yang digunakan dalam kajian ini pula ialah LancsBox 6.0. Berdasarkan hasil janaan WORDS, terdapat 6530 kata kandungan yang terdapat dalam buku teks bahasa Iban. Namun, pengkaji telah memilih 18 kata kandungan yang mempunyai elemen-elemen budaya. Antara elemen budaya yang ditetapkan ialah sosial, tradisi, seni, bahasa, kepercayaan dan pakaian. Kata kandungan yang mempunyai elemen budaya ialah bansa, raban, gaga, iban, tanda, nemuai, petara, antu, burung, kala, ukir, chura, jaku, leka, ensera, marik, gagung dan sirat. Berdasarkan hasil dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa setiap kata tersebut mempunyai kolokasi dengan kata lain dan hubungan antara kata dengan pemaknaan dapat diteliti melalui hasil janaan konkordans. Oleh itu, terdapat sembilan kata yang mempunyai unsur makna sinonim, iaitu raban, nemuai, petara, ukir, chura, ensera, marik, gagung dan sirat. Manakala kata gaga, tanda, antu, kala dan leka pula mempunyai unsur makna homograf. Kata yang terdiri daripada makna homonim adalah termasuk kata bansa, iban, burung dan jaku. Kajian ini menunjukkan bahawa bahasa Iban juga mempunyai unsur perluasan makna dan menjadikan bahasa Iban sangat unik untuk diterokai dari segi pemaknaan kata. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |