UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan Model Pengajaran Keusahawan Digital KVS-DEnt untuk Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah

AVAILABLE Thesis 1688 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan Model Pengajaran Keusahawan Digital KVS-DEnt untuk Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah
Type
Thesis
Main Author
Nadzimah Idris
Additional Authors
  • Abdul Rahim Razalli (advisor)
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan Model Pengajaran Keusahawanan Digital KVSDEnt khusus untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (MBPK-MP) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah menengah. Reka bentuk kajian ini berasaskan pendekatan Design and Development Research (DDR) modifikasi model oleh Saedah Siraj, merangkumi tiga fasa utama. Fasa 1 (Analisis Keperluan), data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur bersama tiga orang guru pendidikan khas, menghasilkan lima tema utama. Dapatan kajian ini memberikan justifikasi empirikal yang kukuh terhadap keperluan memasukkan elemen kemahiran keusahawanan digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran vokasional spesifik (KVS). Langkah ini bertujuan membina sebuah model pengajaran yang lebih kontekstual, praktikal, dan inklusif, khusus untuk MBPK-MP di PPKI sekolah menengah. Fasa 2 (Reka Bentuk dan Pembangunan) melibatkan gabungan teknik kumpulan nominal terubah suai (mNGT) dan Interpretive Structural Modelling (ISM) bersama sembilan orang pakar. Hasilnya, prototaip Model KVS-DEnt yang merangkumi empat dimensi utama, iaitu: (i) Perancangan, (ii) Kandungan Fleksibel dan Inklusif, (iii) Sokongan, Latihan dan Penilaian, serta (iv) Refleksi dan Komuniti. Sebanyak 28 elemen pengajaran telah disusun secara sistematik mengikut laluan aktiviti yang dibezakan kepada tiga tahap kefungsian murid, iaitu tahap tinggi (T1, T2), tahap sederhana (S1_S4), dan tahap rendah (R1_R4), seperti yang dipersetujui oleh pakar. Seterusnya, Fasa 3 (Penilaian Kebolehgunaan) menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) melibatkan 25 orang guru pendidikan khas. Dapatan mencapai konsensus pakar berkaitan kesesuaian elemen, kebolehgunaan dimensi utama model, dan aplikasi model dalam konteks pengajaran sebenar. Tiga kriteria utama FDM, iaitu nilai threshold yang mesti kurang daripada 0.2, peratus persetujuan pakar sekurangkurangnya 75%, dan skor fuzzy yang melebihi 0.5 dipenuhi sepenuhnya. Hasil mengesahkan kesahan dan kebolehgunaan model yang dibangunkan. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang secara signifikan kepada pemerkasaan pedagogi vokasional dengan menyepadukan elemen keusahawanan digital secara sistematik, berasaskan konsensus pakar, dan inklusif, selaras dengan keperluan semasa MBPK-MP dalam menghadapi cabaran ekonomi digital masa hadapan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.