UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan model kacukan kaedah kalut dan algoritma genetic bagi peramalan aras air sungai Pahang

AVAILABLE Thesis 86 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembinaan model kacukan kaedah kalut dan algoritma genetic bagi peramalan aras air sungai Pahang
Type
Thesis
Main Author
Adib Mashuri
Additional Authors
  • Nur Hamiza Adenan (advisor)
Subject
QH301 Biology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina model peramalan kacukan kaedah kalut dan algoritma genetik (k-GA) bagi meramal aras air Sungai Pahang. Objektif utama kajian adalah: (i) mengenal pasti kehadiran telatah kalut pada aras air sungai berdasarkan princian Sungai Pahang; (ii) membina Model k-GA untuk peramalan aras air sungai; (iii) menilai kesahan dan kebolehpercayaan Model k-GA menggunakan data sintetik; (iv) mengaplikasikan Model k-GA untuk peramalan aras air sungai berdasarkan perincian Sungai Pahang; dan (v) membandingkan hasil peramalan model k-GA dengan kaedah kalut lain. Kajian ini dilaksanakan menggunakan data siri masa aras air berskala jam yang diperoleh daripada tiga kawasan utama Sungai Pahang, iaitu kawasan hulu, tengah dan hilir sungai. Sebanyak 5 000 jam digunakan untuk proses analisis. Kehadiran telatah kalut akan dikenal pasti menggunakan kaedah Cao, plot ruang fasa dan ujian 0 _ 1. Analisis diteruskan dengan menguji Model k-GA ke atas data sintetik dan data sebenar serta membandingkan hasil peramalan dengan kaedah kalut yang lain. Hasil kajian menunjukkan kehadiran telatah kalut dalam siri masa aras air Sungai Pahang. Model k-GA menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tertinggi apabila diuji terhadap data sintetik dengan keputusan nilai pekali korelasi (CC) mencapai 1.0. Apabila diuji terhadap data aras sungai sebenar, Model k-GA turut menunjukkan ketepatan peramalan yang tinggi dengan purata nilai CC melebihi 0.9, mengatasi prestasi kaedah kalut lain. Model k-GA berpotensi sebagai kaedah ramalan yang berkesan untuk tujuan pengurusan banjir di Sungai Pahang. Implikasinya, Model k-GA boleh dijadikan kaedah dalam pengurusan sumber air dan sistem amaran awal banjir. Keupayaan meramal aras air sungai secara tepat dapat membantu pihak berkuasa tempatan dalam merancang tindakan mitigasi banjir yang lebih berkesan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.