UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :HM Sociology
Main Author :Fathin Nuratilia Izzaty Mohd Tarmizi
Additional Authors :
  • Noor Insyiraah Abu Bakar
Title :Pembinaan konsep amalan pembelajaran berkesan untuk juvana di sekolah pemulihan berdasarkan Constructivist Grounded Theory
Hits :4
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana keperluan pembinaan konsep amalan pembelajaran berkesan bagi juvana. Kajian ini juga meneroka cara pengajaran dilaksanakan oleh guru, mengenal pasti elemen-elemen penting yang menyokong pembelajaran berkesan untuk juvana, dan mencadangkan konsep yang sesuai untuk mencapai pembelajaran tersebut. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk _Constructivist Grounded Theory_ (CGT) telah dipilih. Melalui pensampelan bertujuan, seramai 23 responden terlibat, termasuk 18 guru, 3 pentadbir sekolah, dan 5 pakar pendidikan. Tiga kaedah pengumpulan data digunakan: temubual mendalam, pemerhatian, dan analisis dokumen. Analisis data secara tematik dilaksanakan untuk menjawab objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat keperluan untuk membina konsep amalan pembelajaran berkesan kerana juvana menghadapi pelbagai masalah pembelajaran. Dengan pembinaan konsep ini, masa depan mereka dapat lebih terjamin. Selain itu, pelbagai pendekatan pengajaran telah dikenalpasti untuk membantu pembelajaran juvana, seperti pengajaran berulang, aktiviti permainan, tayangan video, dan aktiviti berkumpulan. Empat elemen penting yang perlu diberi perhatian untuk memastikan pembelajaran berkesan adalah elemen guru iaitu terbahagi kepada kelayakan guru, pendekatan pengajaran guru dan sikap guru, elemen juvana yang terbahagi kepada minat, emosi serta kesediaan untuk belajar, elemen sekolah pemulihan iaitu sokongan pihak pentadbiran serta kemudahan pembelajaran, dan elemen masyarakat yang terdiri daripada sokongan keluarga dan sokongan daripada pihak luar. Kesimpulannya, bagi memastikan pembelajaran berkesan untuk juvana, ia tidak hanya bergantung kepada pengajaran guru, tetapi juga memerlukan penekanan pada elemen-elemen lain dari perspektif sosiologi. Implikasi kajian ini menyumbang kepada penambahbaikan pendidikan juvana melalui pembinaan konsep amalan pembelajaran yang berkesan, yang boleh dijadikan panduan kepada semua pihak yang terlibat
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.