Hubungan gaya kepimpinan transformasi guru besar dengan kepimpinan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) daerah Kerian Perak
Type
Thesis
Main Author
Suan, H'ng Poh
Additional Authors
Fanny, Kho Chee Yuet (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan meneliti hubungan antara gaya kepimpinan transformasi guru besar dengan tahap kepimpinan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Kerian, Perak. Reka bentuk kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 132 orang guru daripada 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk mengenal pasti tahap pemboleh ubah kajian, manakala Ujian-t Sampel Bebas, Analisis Varians Satu Hala (ANOVA) dan Korelasi Pearson digunakan bagi menguji perbezaan dan hubungan antara pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasi guru besar berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan 4.12 (sisihan piawai = 0.38), manakala tahap kepimpinan guru juga berada pada tahap tinggi dengan nilai min 3.90 (sisihan piawai = 0.37). Ujian-t dan ANOVA mendapati tiada perbezaan signifikan tahap kepimpinan guru berdasarkan jantina (p > 0.05) dan pengalaman mengajar (p > 0.05), namun terdapat sedikit variasi mengikut umur, khususnya kumpulan umur 21_30 tahun mencatat min tertinggi iaitu 4.21. Analisis korelasi menunjukkan hubungan positif yang signifikan (p < 0.01) antara semua dimensi kepimpinan transformasi guru besar dengan tahap kepimpinan guru, di mana dimensi motivasi berinspirasi mencatatkan korelasi tertinggi (r = 0.751). Penemuan ini mengesahkan bahawa amalan kepimpinan transformasi yang diamalkan secara konsisten berupaya meningkatkan komitmen, inovasi, dan penglibatan guru dalam memimpin bilik darjah. Implikasi kajian ini mencadangkan agar guru besar dan pentadbir sekolah mengintegrasikan elemen kepimpinan transformasi dalam strategi pengurusan dan pembangunan profesional guru, termasuk melalui program bimbingan, mentor-mentee, dan pengiktirafan prestasi kepimpinan bilik darjah. Kajian ini turut memberi sumbangan kecil kepada literatur dengan menggabungkan konsep kepimpinan transformasi dan kepimpinan guru dalam konteks Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, serta menyediakan cadangan praktikal kepada pembuat dasar untuk memperkukuh kepimpinan sekolah secara holistik. Kesimpulannya, kepimpinan transformasi guru besar mempunyai hubungan signifikan dengan kepimpinan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kerian, Perak.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.