UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
LB Theory and practice of education
Main Author :Indradevi Krishnasamy
Additional Authors :
  • Suppiah Nachiappan
Title :Analisis proses kognitif dalam penulisan karangan Bahasa Melayu di SJKT menggunakan kaedah Hermeneutik
Hits :5
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis proses kognitif dalam penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun lima di SJK (Tamil), Manjung, Perak. Tiga objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti ciri-ciri karangan dalam kategori cemerlang, baik dan memuaskan; mengenal pasti cabaran murid dan guru dalam proses penulisan serta pengajaran; juga meneliti pengaruh proses kognitif terhadap penguasaan murid dalam penulisan karangan melalui pengajaran dan pemudahcaraan. Kaedah Hermeneutik digunakan dengan pendekatan kualitatif dan interpretatif bagi menganalisis karangan murid. Seramai 70 orang murid dipilih sebagai responden, dengan 15 orang daripadanya dipilih berdasarkan kategori cemerlang, baik dan memuaskan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam penulisan karangan. Tiga orang guru turut terlibat, iaitu dua orang guru Bahasa Melayu dan seorang guru panitia Bahasa Melayu. Temu bual berstruktur dijalankan bagi memahami isu pengajaran dan pembelajaran semasa pengajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah dan analisis dijalankan menggunakan pendekatan tematik. Hasil kajian mendapati kebolehan murid menganalisis idea serta menyusun ayat dengan tatabahasa tepat adalah penentu utama kualiti karangan. Analisis triangulasi mendedahkan beberapa kelemahan murid termasuk ketidakupayaan untuk mengorganisasi maklumat dengan baik dan kekurangan kosa kata yang menjadi penghalang utama kepada pencapaian penulisan yang cemerlang. Namun, proses kognitif yang baik berlaku dalam usaha murid melalui pengaplikasian pengalaman dalam proses penjanaan idea berkualiti. Guru Bahasa Melayu juga menghadapi pelbagai cabaran ketika mengajar karangan antaranya kekurangan fokus dan respons yang rendah daripada murid. Menerusi kajian ini, pendekatan Hermeneutik dilihat berperanan penting dalam menerangkan proses kognitif dalam penulisan karangan Bahasa Melayu, serta meningkatkan keupayaan linguistik, kognitif dan afektif murid. Implikasi kajian ini signifikan terhadap teori, amalan dan polisi pendidikan Bahasa Melayu dalam menyokong usaha Kementerian Pendidikan, guru dan ibu bapa meningkatkan kemahiran kognitif murid. Kesimpulannya, penggunaan teknik pembinaan ayat gramatis bagi membantu murid menguasai proses kognitif secara lebih berkesan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu adalah sangat relevan dan penting._
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.