UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Maznah Salleh
Additional Authors :
  • Mohd Zamri Khairizan
Title :Pembangunan dan kebolehgunaan aplikasi DiD-Art dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di Sekolah Menengah
Hits :12
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni,Kelestarian Industri Kreatif
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan aplikasi mudah alih berasaskan Android sebagai bahan bantu mengajar bagi guru Pendidikan Seni Visual (PSV) tingkatan tiga. Aplikasi ini direka bentuk bagi mengatasi cabaran pengajaran konvensional, meningkatkan kreativiti murid serta menyediakan alternatif pembelajaran yang sesuai untuk generasi digital. Kajian ini berasaskan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP) oleh Richey dan Klein (2014), namun diubah suai mengikut pendekatan PRP oleh Saedah Siraj et al. (2020) yang melibatkan tiga fasa: analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan, serta penilaian kebolehgunaan. Fasa pertama melibatkan soal selidik kepada 184 guru PSV dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan menunjukkan wujudnya keperluan terhadap bahan bantu mengajar digital, khususnya untuk topik Seni Lukisan yang memerlukan pendekatan lebih interaktif, visual dan fleksibel. Fasa kedua menggunakan teknik Fuzzy Delphi bersama 20 panel pakar bagi menentukan konstruk dan item aplikasi, dengan tiga syarat utama: nilai ambang d _ 0.2, persetujuan _ 75%, dan skor Fuzzy A _ 0.5. Dapatan menghasilkan kerangka reka bentuk aplikasi DiD-Art (Digital Drawing Art) yang komprehensif, bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan hasil konsensus pakar. Fasa ketiga melibatkan temu bual bersama 9 orang guru bagi menilai kebolehgunaan aplikasi. Dapatan menunjukkan guru memberikan maklum balas positif terhadap kebergunaan, kepuasan, kemudahgunaan dan kemudahpelajaran aplikasi, termasuk antara muka yang mesra pengguna, penyediaan bahan yang lengkap, serta pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah difahami. Aplikasi ini turut membantu guru bukan opsyen yang kekurangan kemahiran seni tradisional dengan menyediakan tutorial berpandu, video pengajaran dan sumber digital lengkap yang mudah diakses. Penggunaan teknologi mudah alih ini menyokong pendekatan pengajaran fleksibel dan inovatif serta pembelajaran kendiri dan kolaboratif yang sejajar dengan keperluan pendidikan abad ke-21. Implikasi kajian menunjukkan bahawa aplikasi DiD-Art berpotensi besar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran PSV dalam era Revolusi Industri 4.0. Kajian ini juga membuka ruang untuk penyelidikan lanjutan berkenaan integrasi teknologi, pedagogi, dan teori pembelajaran dalam pendidikan seni serta bidang pendidikan lain._
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.