Pembangunan dan penilaian modul kosa kata kerja Bahasa Melayu dalam meningkatkan pencapaian dan motivasi murid Tahun Empat SJKT
Type
Thesis
Main Author
Thilagavati Maniam
Additional Authors
Norwaliza Abdul Wahab (advisor)
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan Modul Kosa Kata Kerja (KOKAJA) dalam meningkatkan penguasaan kosa kata kerja serta tahap motivasi murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Modul ini direka bentuk berasaskan gabungan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham dan Model ASSURE, yang menekankan pembelajaran berpusatkan murid, penglibatan aktif serta penyesuaian bahan bantu mengajar secara sistematik. Objektif utama kajian ini merangkumi: (i) membangunkan modul pengajaran kosa kata kerja yang sesuai dan berkesan; (ii) menilai tahap penguasaan kosa kata kerja murid sebelum dan selepas penggunaan modul; dan (iii) menilai perubahan tahap motivasi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu selepas intervensi. Kajian menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan 53 orang murid SJKT di daerah Hilir Perak, Perak. Kumpulan eksperimen (n=27) mengikuti pengajaran menggunakan Modul KOKAJA selama enam minggu, manakala kumpulan kawalan (n=26) mengikuti kaedah pengajaran konvensional. Instrumen kajian merangkumi ujian pra dan pasca bagi menilai penguasaan kosa kata kerja, soal selidik motivasi berdasarkan skala Likert, temu bual separa berstruktur dengan murid serta analisis dokumen latihan murid. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 27.0 manakala data kualitatif dianalisis secara tematik. Dapatan menunjukkan peningkatan signifikan dalam min penguasaan kosa kata kerja kumpulan eksperimen (min = 76.22, SP = 14.02) berbanding kumpulan kawalan (min = 49.30, SP = 9.71), dan peningkatan motivasi murid dalam kumpulan eksperimen (min = 3.68, SP = 0.528) berbanding kumpulan kawalan (min = 3.31, SP = 0.469), dengan nilai signifikan pada aras p < 0.05. Dapatan kualitatif turut menyokong keberkesanan modul, apabila murid menyatakan pengajaran lebih menarik, menyeronokkan dan mudah difahami. Kesimpulannya, Modul KOKAJA didapati berimpak tinggi dalam pengajaran kosa kata kerja Bahasa Melayu dan berpotensi untuk diperluaskan sebagai pendekatan inovatif dalam bilik darjah SJKT. Implikasi kajian mencadangkan modul ini dimanfaatkan dalam latihan guru, penghasilan bahan ajar bercirikan konstruktivisme dan pendekatan tematik secara lebih meluas.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.