UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF5601 Accounting
Main Author :Rahimah Abd Halim
Title :Keprihatinan guru terhadap amalan pentaksiran Prinsip Perakaunan (IR)
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keprihatinan guru terhadap amalan pentaksiran Prinsip Perakaunan di negeri Pahang dan perkaitan yang wujud antara ciri-ciri peribadi guru dengan keprihatinan mereka terhadap pentaksiran. Kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan dijalankan ke atas 135 sampel yang dipilih melalui teknik persampelan rawak. Soal selidik diadaptasi daripada Stages of Concern Questionnaire (SoCQ) dan Teachers Assessment Practice Inventory (TAPI). Dapatan kajian menunjukkan guru Prinsip Perakaunan berada pada tiga peringkat keprihatinan tertinggi iaitu kesan, kesedaran dan penumpuan semula. Berdasarkan tiga peringkat keprihatinan (kendiri, tugas dan kesan) pula, pengkaji mendapati guru lebih tertumpu kepada peringkat keprihatinan kendiri. Kaedah pentaksiran, penggunaan hasil pentaksiran, penggunaan dan pembinaan skema jawapan merupakan amalan pentaksiran yang kerap diamalkan oleh guru. Ujian-t dan ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam peringkat keprihatinan guru berdasarkan pengalaman mengajar, kategori pentaksir, kekerapan menghadiri latihan, lokasi dan kemahiran TMK. Bagi amalan pentaksiran, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi empat amalan pentaksiran berdasarkan pengalaman mengajar. Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara peringkat keprihatinan guru dengan amalan pentaksiran guru. Dapatan kajian ini memberi maklumat penting kepada pihak seperti perancang, penggubal perubahan dan fasilitator untuk membantu guru menerima perubahan yang telah diperkenalkan. Berdasarkan maklumat ini, intervensi seperti pementoran dan latihan yang bersesuaian dengan sasaran guru dapat dirancang dan seterusnya merealisasikan matlamat pentaksiran baharu yang dihasratkan oleh sistem pendidikan negara.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)