Pembinaan garis panduan penyoalan dalam drama berasaskan teori Anderson
Type
Thesis
Main Author
Nor Asyfaa Mansor
Additional Authors
Hasrina Baharum (advisor)
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini memfokuskan kepada Pembinaan Garis Panduan Penyoalan Dalam Drama Berasaskan Kepada Teori Anderson. Kajian ini dibina kerana terdapat beberapa masalah dalam kalangan guru Kesusasteraan Melayu dalam membina soalan-soalan berlainan aras kepada murid-murid. Manakala, subjek tumpuan adalah memfokuskan kepada drama bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Hal ini demikian kerana penerimaan murid bagi subjek drama adalah berlainan bagi setiap murid. Kajian ini mempunyai dua objektif, pertama, menganalisis keperluan pembinaan garis panduan penyoalan dalam drama. Kedua, mereka bentuk dan membangunkan garis panduan penyoalan dalam drama menggunakan teori Anderson. Selain itu, metodologi kajian ini menggunakan model ADDIE sebagai panduan dalam merangka proses pembinaan penyoalan, namun begitu dalam kajian ini pengkaji hanya menggunakan proses ADDIE ini sehingga fasa pembangunan sahaja. Manakala, teori kognitif yang digunakan adalah teori Lorin Anderson dan Krathwohl (2001). Sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan bertujuan, manakala bilangan sampel kajian yang akan digunakan adalah sebanyak 3 orang guru Kesusasteraan Melayu untuk menjawab soalan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat keperluan dalam membangunkan garis panduan ini iaitu keperluan penyoalan untuk menilai kefahaman murid, merangsang minat murid dan juga mlelancarkan PdP guru. Oleh itu, pengkaji telah mereka bentuk dan membangunkan garis panduan ini mengikut beberapa proses yang telah dikenalpasti dan telah dijelaskan secara terperinci dalam Bab 4 dan Bab 5 dalam kajian ini. Garis panduan ini dijangka dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas serta garis panduan ini juga mampu membantu guru-guru Kesusasteraan Melayu khususnya kepada guru-guru yang baharu.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.