UPSI Digital Repository (UDRep)

Tahap kesediaan kefahaman dan cabaran dalam pelaksanaan PDI Bahasa Melayu tahap dua SJKC daerah Kinta Utara Perak

AVAILABLE Thesis 84 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Tahap kesediaan kefahaman dan cabaran dalam pelaksanaan PDI Bahasa Melayu tahap dua SJKC daerah Kinta Utara Perak
Type
Thesis
Main Author
Tieu, Souk Hui
Additional Authors
  • Mohamad Rozi Kasim (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesediaan, kefahaman, dan cabaran guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Pentaksiran Dinamik Interaksional (PDI) untuk pentaksiran lisan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), serta mengkaji hubungan antara latar belakang opsyen guru dan tahap cabaran yang dihadapi. Metodologi kajian melibatkan soal selidik yang dibangunkan dan disahkan kesahan serta kebolehpercayaannya melalui panel pakar dan ujian rintis ke atas 115 guru (59 beropsyen Bahasa Melayu, 56 bukan beropsyen). Data dianalisis dengan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) v. 29 iaitu statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) dan ujian perbezaan kumpulan. Dapatan menunjukkan tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PDI adalah tinggi iaitu dengan nilai min 4.02 dan sisihan piawai 0.861 (min=4.02, _=0.861). Tahap kefahaman mereka terhadap peranan sebagai pentaksir PDI juga tinggi (min=4.08, _=0.823). Manakala cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan PDI adalah melibatkan pengurusan masa dan integrasi pentaksiran dengan pengajaran (min antara 2.03 hingga 2.13). Selain itu, tidak terdapat perbezaan signifikan antara guru beropsyen dan bukan beropsyen dalam tahap cabaran melaksanakan PDI. Antara penemuan baharu kajian ini adalah walaupun guru bersedia dan memahami PDI dengan baik, mereka memerlukan sokongan dan latihan berterusan serta merancang program pembangunan profesional yang sesuai dalam pelaksanaan PDI. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membuktikan semua guru di daerah Kinta Utara bersedia dan memahami peranan diri sebagai pentaksir dalam PDI meskipun menghadapi cabaran untuk melaksanakannya

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.