UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :MT Musical instruction and study
LB Theory and practice of education
Main Author :Fatin Amirah Ismail
Additional Authors :
  • Mohd Nizam Nasrifan
Title :Pembangunan dan penilaian bahan instruksi interaktif kemahiran nyanyian muzik berteraskan pelantar google sites untuk Pendidikan muzik sekolah rendah
Hits :3
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2026
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini dijalankan untuk menangani kekurangan bahan bantu mengajar (BBM) digital interaktif khusus bagi kemahiran nyanyian dalam Pendidikan Muzik sekolah rendah. Tujuan kajian ini adalah membangunkan Muzik+, laman web interaktif bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran nyanyian murid Tahun 4. Kajian menggunakan model reka bentuk pengajaran ADDIE, melibatkan empat fasa utama: analisis, reka bentuk, pembangunan dan penilaian. Dalam fasa analisis, data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur secara berkumpulan bersama sembilan guru Pendidikan Muzik serta analisis dokumen terhadap buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk mengenal pasti keperluan BBM digital. Dapatan menunjukkan keperluan bahan instruksi yang interaktif, mudah diakses dan menyokong PdP nyanyian secara sistematik. Berdasarkan hasil analisis ini, fasa reka bentuk dan pembangunan menghasilkan laman web Muzik+ berasaskan kerangka Teknologi (TK), Pedagogi (PK) dan Pengetahuan Kandungan (CK) _ TPACK, yang mengintegrasikan kandungan Pendidikan Muzik, strategi pedagogi, serta penggunaan teknologi percuma seperti Google Sites. Fasa penilaian melibatkan empat pakar dalam bidang Pendidikan Muzik dan Teknologi Pendidikan melalui borang semakan kualitatif dan temu bual separa berstruktur untuk menilai kebolehgunaan Muzik+. Hasil penilaian menunjukkan laman web ini menepati keperluan PdP nyanyian dari segi reka bentuk, interaktiviti dan kesesuaian murid. Kajian ini menyimpulkan bahawa pembangunan BBM digital berasaskan TPACK berpotensi meningkatkan keberkesanan PdP nyanyian di sekolah rendah serta selaras dengan aspirasi Kurikulum 2027 dan transformasi PdP abad ke-21 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.