UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Wan Shariza Wan Zainal Abidin
Additional Authors :
  • Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip
Title :Kesan modul menangani kemurungan kebimbangan dan stress berdasarkan terapi penyembuhan kognitif tingkah laku dalam kalangan pelajar sekolah manengah
Hits :1
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan Modul Menangani Kemurungan, Kebimbangan dan Stres (MKKS) berdasarkan Terapi Penyembuhan Kognitif Tingkah Laku (CBTH) terhadap tahap kemurungan, kebimbangan dan stres dalam kalangan pelajar tingkatan empat di dua sekolah menengah harian daerah Kinta Selatan, Perak. Kajian eksperimen tulen ini melibatkan 99 pelajar berumur 16 tahun yang dipilih secara rawak mudah dan dibahagikan kepada tiga kumpulan: Kelompok Bimbingan Kecil (R1a, R1b, R1c; n=33), Kelompok Bimbingan Besar (R2; n=33), dan Kelompok Kawalan (K1; n=33). Intervensi dijalankan secara mingguan selama dua bulan merangkumi 11 sesi dan 18 aktiviti. Soal selidik DASS-21 (Depression Anxiety Stress Scale) versi Bahasa Melayu digunakan sebagai instrumen pengukuran. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 21.0 menerusi ANOVA, MANOVA, MANCOVA dan ujian Post Hoc Tukey pada aras signifikan p < .05. Hasil dapatan menunjukkan perbezaan signifikan tahap kemurungan, kebimbangan dan stres antara kumpulan rawatan dan kawalan [MANOVA, [F(2, 96) = 1129.372, p < .05], [F(2, 96) = 1003.332, p < .05], [F(2, 96) = 1312.555, p < .05]. Hasil keputusan Post Hoc Tukey menunjukkan kumpulan KBK lebih berkesan berbanding KBB dan KK dengan perbezaan min masing-masing -0.364 (KBK - KBB) dan -2.208 (KBK - KK). Nilai p untuk keduadua perbandingan adalah 0.000, menunjukkan perbezaan yang signifikan pada aras p < .05. Kajian juga mendapati faktor jantina dan kaum tidak mempengaruhi kesan rawatan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa Modul Menangani Kemurungan, Kebimbangan dan Stres (MKKS) memberi kesan signifikan (p < .05) untuk mengurangkan tahap kemurungan, kebimbangan dan stres dalam kalangan pelajar. Implikasi kajian mendapati Modul (MKKS) boleh dijadikan intervensi bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah secara signifikan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.