Pembangunan Model Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Bahasa Melayu bagi guru-guru sekolah rendah orang asli
Type
Thesis
Main Author
Wok, Wak Chu
Additional Authors
Mohd Ridhuan Mohd Jamil (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan Model Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Sekolah Orang Asli (Model KMBMSOA) melalui pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP) dengan kepelbagaian metodologi mengikut fasa. Fasa 1 menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur dengan lima orang guru Bahasa Melayu berpengalaman yang dipilih secara pensampelan bertujuan, bagi mengenal pasti isu, cabaran dan keperluan pembangunan model. Analisis tematik telah menghasilkan empat tema utama, iaitu peranan dan kepentingan pendidikan bagi masyarakat Orang Asli, pelaksanaan pedagogi kemahiran menulis, masalah dan isu semasa pengajaran, serta keperluan pembangunan model PdP kemahiran menulis Bahasa Melayu. Seterusnya, Fasa 2 melibatkan sembilan orang pakar yang dipilih secara pensampelan bertujuan menggunakan Kaedah Kumpulan Nominal (NGT) melalui analisis perisian Microsoft Excel yang bersifat semi-kuantitatif, untuk menghasilkan 28 elemen kritikal merangkumi objektif PdP, aktiviti PdP, pedagogi guru, serta refleksi dan penilaian, dengan elemen diterima sekiranya persetujuan melebihi 70%. Kaedah Pemodelan Struktur Interpretatif (ISM) yang bersifat kualitatif seterusnya diaplikasikan bagi menyusun elemen mengikut hierarki kuasa memandu dan kuasa kebergantungan melalui analisis perisian Concept Star. Fasa 3 pula, menilai tahap kebolehgunaan model oleh 30 orang guru Bahasa Melayu melalui Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) berasaskan tiga kriteria utama, iaitu nilai threshold (d _ 0.2), peratusan konsensus (_ 75%), dan nilai _-cut (_ 0.5). Dapatan menunjukkan semua elemen memenuhi ketiga-tiga kriteria, manakala pengelompokan ke dalam kluster _tinggi,_ _sederhana,_ dan _rendah_ ditentukan melalui gabungan analisis statistik deskriptif dan pertimbangan profesional pakar. Secara keseluruhan, Model KMBMSOA terdiri daripada empat komponen utama dan mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi. Implikasi kajian menunjukkan model ini mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi, mampu menyokong amalan pedagogi guru, serta berfungsi sebagai panduan asas bagi pembangunan model kemahiran bahasa lain yang kontekstual dan adaptif untuk kegunaan pendidikan Orang Asli
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.