UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB2300 Higher Education
LB Theory and practice of education
Main Author :Ahmad Farid Fadli Mustafa
Additional Authors :
  • Muhammad Anas Al Muhsin
Title :Kesan modul Bahasa Arab Muamalat berasaskan teknologi terhadap pengusaan Bahasa Arab komunikatif dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi Malaysia
Hits :2
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan membangunkan modul bahasa Arab untuk muamalat (M~AL4M) menggunakan teknologi asas bagi meningkatkan kefahaman bahasa Arab dan penguasaan istilah kewangan Islam dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kaedah campuran, khususnya reka bentuk kuasi-eksperimen. Model ADDIE digunakan sebagai rangka kerja pembangunan. Fasa pertama kajian ini melibatkan tinjauan terhadap 60 orang pelajar program kewangan Islam dan temu bual bersama tiga orang tenaga pengajar kursus bahasa Arab muamalat. Fasa kedua menumpukan kepada reka bentuk dan pembangunan M~AL4M diikuti dengan pengesahan kandungan dan teknikal oleh tujuh orang pakar penilai dari beberapa buah IPT. Fasa ketiga pula menilai keberkesanan M~AL4M melalui ujian pra dan pasca yang melibatkan 90 orang pelajar, dibahagikan kepada dua kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Dapatan fasa pertama menunjukkan bahawa 75% pelajar bersetuju tentang keperluan modul khusus, manakala temu bual bersama pengajar juga menekankan kepentingan memberi fokus kepada topik berkaitan muamalat dalam kursus. Dalam fasa kedua, pengesahan oleh pakar menunjukkan skor tinggi bagi kedua-dua aspek (min = 4.17, sisihan piawai = 0.408), sekali gus mengesahkan kesesuaiannya untuk kegunaan pedagogi. Dapatan fasa ketiga pula menunjukkan peningkatan min prestasi yang signifikan bagi Kumpulan Rawatan 1 (+18.233) dan Kumpulan Rawatan 2 (+29.667), manakala Kumpulan Kawalan hanya mencatatkan peningkatan kecil (+1.367) yang tidak signifikan berdasarkan ujian-t. Secara keseluruhan, Kumpulan Rawatan 2 menunjukkan tahap penguasaan tertinggi. Kesimpulannya, penggunaan M~AL4M didapati berkesan dalam meningkatkan penguasaan bahasa Arab berkaitan muamalat dalam kalangan pelajar kewangan Islam di IPT. Modul ini berpotensi dimanfaatkan bagi memperkukuh kefahaman dan penggunaan bahasa Arab dalam konteks urusan muamalat
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.