|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini meneliti secara mendalam perkembangan perkhidmatan kesihatan di daerah Hilir Perak semasa era pentadbiran kolonial British antara tahun 1900 hingga 1957. Tujuan utama penyelidikan ini adalah mengkaji sejarah dan latar belakang masyarakat Hilir Perak, menganalisis perkembangan kemudahan kesihatan moden, memahami peranan pentadbir kolonial dalam menangani isu kesihatan, serta menilai kesan perkhidmatan kesihatan terhadap kesejahteraan dan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis dokumen rasmi, rekod pentadbiran kolonial, laporan tahunan kerajaan negeri, serta sumber-sumber arkib dan kajian terdahulu. Kajian mendapati bahawa sebelum kedatangan kolonial British, masyarakat di Hilir Perak mengamalkan rawatan tradisional menggunakan herba dan khidmat bomoh atau pawang. Namun, dengan perluasan kegiatan ekonomi, kemasukan tenaga buruh asing dan keadaan persekitaran yang tidak terjaga, penyakit berjangkit seperti malaria, kolera, cacar air, beri-beri, dan taun merebak dengan cepat sehingga menjejaskan produktiviti tenaga buruh serta hasil ekonomi. Pentadbiran kolonial British memperkenalkan pelbagai kemudahan kesihatan moden termasuk hospital, dispensari, klinik desa, klinik bergerak, pusat perbidanan dan institusi penyelidikan. Penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) memainkan peranan penting dalam mengenal pasti punca penyakit berjangkit dan membangunkan langkah pencegahan termasuk vaksinasi dan sistem kuarantin. Pentadbiran kolonial juga melaksanakan undang-undang kesihatan awam, program sanitasi bandar, dan sistem pemantauan penyakit bagi mengawal penyebaran wabak.Kajian ini menyumbang kepada pemahaman sejarah perubatan dan kesihatan awam di Hilir Perak, serta menjadi rujukan penting dalam melihat evolusi sistem kesihatan moden di Malaysia. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |