UPSI Digital Repository (UDRep)

Perkhidmatan kesihatan di daerah Hilir Perak pada era Kolonial British 1900-1957

AVAILABLE Thesis 129 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perkhidmatan kesihatan di daerah Hilir Perak pada era Kolonial British 1900-1957
Type
Thesis
Main Author
Raja Nur Raja Ibrahim
Additional Authors
  • Khairi Ariffin (advisor)
Subject
DS Asia
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini meneliti secara mendalam perkembangan perkhidmatan kesihatan di daerah Hilir Perak semasa era pentadbiran kolonial British antara tahun 1900 hingga 1957. Tujuan utama penyelidikan ini adalah mengkaji sejarah dan latar belakang masyarakat Hilir Perak, menganalisis perkembangan kemudahan kesihatan moden, memahami peranan pentadbir kolonial dalam menangani isu kesihatan, serta menilai kesan perkhidmatan kesihatan terhadap kesejahteraan dan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis dokumen rasmi, rekod pentadbiran kolonial, laporan tahunan kerajaan negeri, serta sumber-sumber arkib dan kajian terdahulu. Kajian mendapati bahawa sebelum kedatangan kolonial British, masyarakat di Hilir Perak mengamalkan rawatan tradisional menggunakan herba dan khidmat bomoh atau pawang. Namun, dengan perluasan kegiatan ekonomi, kemasukan tenaga buruh asing dan keadaan persekitaran yang tidak terjaga, penyakit berjangkit seperti malaria, kolera, cacar air, beri-beri, dan taun merebak dengan cepat sehingga menjejaskan produktiviti tenaga buruh serta hasil ekonomi. Pentadbiran kolonial British memperkenalkan pelbagai kemudahan kesihatan moden termasuk hospital, dispensari, klinik desa, klinik bergerak, pusat perbidanan dan institusi penyelidikan. Penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) memainkan peranan penting dalam mengenal pasti punca penyakit berjangkit dan membangunkan langkah pencegahan termasuk vaksinasi dan sistem kuarantin. Pentadbiran kolonial juga melaksanakan undang-undang kesihatan awam, program sanitasi bandar, dan sistem pemantauan penyakit bagi mengawal penyebaran wabak.Kajian ini menyumbang kepada pemahaman sejarah perubatan dan kesihatan awam di Hilir Perak, serta menjadi rujukan penting dalam melihat evolusi sistem kesihatan moden di Malaysia.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.