UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Mohd Hafiz Mohamad Tarmizi
Title :Tahap kefahaman membaca antara murid pasca linus dan murid arus perdana
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman membaca murid pasca LINUS dan murid arus perdana di sekolah rendah. Metodologi kajian menggunakan kaedah campuran yang melibatkan kaedah kualitatif berdasarkan analisis transkrip responden serta kaedah kuantitatif berdasarkan kekerapan dan peratus keputusan ujian saringan responden. Dapatan kuantitatif menunjukkan kebanyakan tahap kefahaman membaca murid pasca LINUS adalah pada tahap yang rendah dan hanya segelintir murid berada pada tahap kefahaman literal. Tahap kefahaman membaca murid arus perdana pula berada pada tahap sederhana dengan sebahagian mereka menguasai tahap kefahaman literal dan segelintir menguasai tahap kefahaman taakulan. Dapatan kualitatif pula menunjukkan kualiti kefahaman murid pasca LINUS berada pada tahap yang paling rendah kerana mereka tidak memahami petikan yang dibaca, tidak mampu mengingat semula watak dan plot dalam petikan. Murid arus perdana pula hanya mencapai tahap kefahaman asas; tahap literal yang mana murid ini hanya mampu mengingat semula watak dan plot tetapi tidak mampu membuat penilaian, penghayatan dan andaian secara kritis dan kreatif terhadap petikan. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman membaca murid pasca LINUS dan murid arus perdana di sekolah rendah masih pada tahap yang rendah meskipun mereka mampu mengenali dan membunyikan perkataan atau ayat. Implikasi kajian menunjukkan bahawa guru LINUS bukan sahaja perlu mengajar murid agar mereka dapat mengenali dan membunyikan perkataan atau ayat malah perlu mengajar murid berkaitan kefahaman bacaan supaya mereka dapat memahami apa yang dibaca.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.