UPSI Digital Repository (UDRep)

Tekanan kerja, efikasi kendiri akademik dan komitmen untuk meneruskan pengajian dalam Program Pensiswazahan Guru

AVAILABLE Thesis 1925 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Tekanan kerja, efikasi kendiri akademik dan komitmen untuk meneruskan pengajian dalam Program Pensiswazahan Guru
Type
Thesis
Main Author
Azlan Behadin
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekanan kerja, tahap efikasi kendiri akademik dan tahap komitmen meneruskan pengajian dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Perlis. Kajian juga mengukur hubungan antara tekanan kerja dengan efikasi kendiri akademik serta mengenal pasti peramal-peramal bagi komitmen meneruskan pengajian. Seramai 150 orang guru telah dipilih secara rawak mudah. Data-data dikutip melalui borang soal selidik yang mengandungi instrumen tekanan kerja Teacher Stress Inventory oleh Fimian, instrumen efikasi kendiri akademik College Student Self Efficacy oleh Landry dan instrumen komitmen meneruskan pengajian yang dibangunkan sendiri oleh pengkaji. Darjah kebolehpercayaan bagi ketiga-tiga instrumen adalah 0.887, 0.861 dan 0.799. Analisis dibuat dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens iaitu kolerasi Pearson dan regresi berganda Stepwise. Hasil menunjukkan bahawa tekanan kerja pada tahap sederhana (min = 3.1), efikasi kendiri akademik pada tahap yang tinggi (min = 3.7) dan komitmen meneruskan pengajian pada tahap yang tinggi (min = 4.08). Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dengan efikasi kendiri akademik. Hanya faktor efikasi kendiri akademik merupakan peramal yang signifikan terhadap komitmen meneruskan pengajian dalam PPG di Perlis. Keseluruhannya, guru-guru yang mengikuti PPG di Perlis sentiasa bersifat positif, yakin, sangat komited dan bersemangat untuk menamatkan pengajian walaupun sepanjang pengajian mereka dibebankan dengan tugasan-tugasan akademik, tugas hakiki serta urusan keluarga

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.