Analisis penggunaan teknologi inovatif dalam pengajaran Bahasa Tamil oleh guru-guru Tuisyen di Perak
Type
Thesis
Main Author
Sindhuja Rajenderan
Additional Authors
Ianskumaran Sivanadhan (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2026
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan guru- guru tuisyen dalam menggunakan teknologi inovatif dalam matapelajaran Bahasa Tamil. Pengalaman penggunaan teknologi inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran turut dianalisis bagi mengetahui cabaran yang dihadapi oleh guru- guru tuisyen bagi meningkatkan penggunaan teknologi inovatif dalam pengajaran Bahasa Tamil. Kekurangan sumber terhadap penggunaan teknologi inovatif dalam kalangan guru Bahasa Tamil merupakan masalah utaman kajian. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini iaitu temu bual separa berstruktur dan pemerhatian kelas. 10 orang guru tuisyen yang mengajar matapelajaran Bahasa Tamil di segelintir lokasi di negeri Perak dijadikan sampel dalam kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada soalan temu bual serta rubrik pemerhatian yang disediakan oleh pengkaji dengam mengaplikasikan komponen- komponen teori _UTAUT_. Kaedah penganalisisan tematik digunakan untuk menulis kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa 50% guru tuisyen menggunakan teknologi inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Tamil secara berkala, 30% pula secara aktif dan 20% pula secara jarang. Pengalaman guru- guru tuisyen mendorong pengkaji bagi mencadangkan cara- cara untuk meningkatkan penggunaan teknologi inovatif dalam kalangan guru tuisyen Bahasa Tamil pada masa akan datang. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan kekurangan kemahiran pengendalian teknologi inovatif serta kemudahan yang tidak mencukupi mengakibatkan guru- guru tuisyen matapelajaran Bahasa Tamil kurang konfiden menggunakan teknologi inovatif dalam PdPC. Implikasi kajian menunjukkan latihan berterusan dalam konteks teknologi inovatif perlu dijalankan untuk menggalakkan warga pendidik menggunakan teknologi inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran secara aktif.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.