|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan guru- guru tuisyen dalam menggunakan teknologi inovatif dalam matapelajaran Bahasa Tamil. Pengalaman penggunaan teknologi inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran turut dianalisis bagi mengetahui cabaran yang dihadapi oleh guru- guru tuisyen bagi meningkatkan penggunaan teknologi inovatif dalam pengajaran Bahasa Tamil. Kekurangan sumber terhadap penggunaan teknologi inovatif dalam kalangan guru Bahasa Tamil merupakan masalah utaman kajian. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini iaitu temu bual separa berstruktur dan pemerhatian kelas. 10 orang guru tuisyen yang mengajar matapelajaran Bahasa Tamil di segelintir lokasi di negeri Perak dijadikan sampel dalam kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada soalan temu bual serta rubrik pemerhatian yang disediakan oleh pengkaji dengam mengaplikasikan komponen- komponen teori _UTAUT_. Kaedah penganalisisan tematik digunakan untuk menulis kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa 50% guru tuisyen menggunakan teknologi inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Tamil secara berkala, 30% pula secara aktif dan 20% pula secara jarang. Pengalaman guru- guru tuisyen mendorong pengkaji bagi mencadangkan cara- cara untuk meningkatkan penggunaan teknologi inovatif dalam kalangan guru tuisyen Bahasa Tamil pada masa akan datang. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan kekurangan kemahiran pengendalian teknologi inovatif serta kemudahan yang tidak mencukupi mengakibatkan guru- guru tuisyen matapelajaran Bahasa Tamil kurang konfiden menggunakan teknologi inovatif dalam PdPC. Implikasi kajian menunjukkan latihan berterusan dalam konteks teknologi inovatif perlu dijalankan untuk menggalakkan warga pendidik menggunakan teknologi inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran secara aktif. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |