UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Noor Fazlina Yati Mat Razali
Additional Authors :
  • Haslinda Hashim
Title :Reka bentuk dan pembangunan Model Penggunaan E-Portfolio dalam pentaksiran mata pelajaran Asas Sains Komputer di peringkat sekolah menengah
Hits :2
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk membangunkan model penggunaan eportfolio dalam pentaksiran mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK). Kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) yang melibatkan tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan dan fasa penilaian. Responden yang terlibat dalam kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Fasa analisis keperluan melibatkan soalan selidik terhadap 140 orang guru ASK di Negeri Terengganu bagi mendapatkan maklumat berkaitan keperluan kepada pembangunan Model Penggunaan E-portfolio. Dapatan keseluruhan fasa pertama menunjukkan terdapat keperluan untuk membangunkan sebuah Model Penggunaan E-portfolio dalam mata pelajaran ASK. Fasa kedua kajian merangkumi fasa reka bentuk dan pembangunan dengan menggunakan kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM) bagi mendapatkan konsensus pakar terhadap komponen utama dan elemen-elemen bagi komponen utama yang dibina dalam model e-portfolio. Seramai 10 orang pakar daripada pelbagai bidang khususnya bidang Sains Komputer terlibat dalam fasa ini dan penentuan nilai kesepakatan pakar adalah berdasarkan kepada nilai threshold (d). Hasil analisis fasa kedua kajian menunjukkan lapan cadangan awal komponen utama dan tambahan tiga komponen utama daripada konsensus pakar mendapati semua pakar berpendapat kesemua komponen yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan pembentukan model penggunaan e-portfolio. Fasa terakhir kajian iaitu fasa penilaian model melibatkan penggunaan soal selidik terhadap 255 guru ASK dan data dianalisis menggunakan Model Persamaan Berstruktur Kuasa Dua Terkecil Bersepara (PLS-SEM) bagi melihat persepsi guru terhadap komponen dan elemen-elemen model penggunaan e-portfolio bagi mata pelajaran ASK. Dapatan hasil pengujian hipotesis dalam fasa penilaian menyokong hipotesis yang dibentuk kecuali hubungan antara etika dan kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Hasil dapatan juga mendapati aspek pedagogi merupakan pemboleh ubah yang paling kuat untuk mengimplementasikan e-portfolio dalam pentaksiran bagi subjek ASK. Diharapkan model penggunaan e-portfolio yang dihasilkan boleh dijadikan sebagai panduan kepada para guru dalam menggunakan eportfolio sebagai alat pentaksiran digital dalam bilik darjah selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan pembelajaran berasaskan teknologi sebagai salah satu agenda utama pendidikan negara.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.