UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :DS Asia
Main Author :Sharan Syahmi Sharif
Additional Authors :
  • Zahrah Mahfood
Title :Perkembangan penulisan sejarah daerah Larut dari tahun 1878 sehingga 2021
Hits :7
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2026
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Penulisan sejarah daerah Larut bermula sejak beberapa tahun selepas pertapakan rasmi British di Perak melalui termeterainya Perjanjian Pangkor 1874, yang menandakan sebuah episod baharu dalam sejarah Malaysia. Seiring dengan peredaran masa, penulisan sejarah mengenai daerah ini terus berkembang sehingga ke era kontemporari dengan skop kajian yang semakin pelbagai. Namun begitu, isu utama yang diketengahkan dalam kajian ini ialah perkembangan penulisan sejarah daerah Larut yang tidak diperincikan secara mendalam berbanding penulisan sejarah Malaysia secara umum. Oleh itu, objektif kajian ini adalah meneliti perkembangan penulisan sejarah daerah Larut secara lebih mendalam, khususnya dari aspek perincian penulisannya, perbandingan tema, analisis penggunaan sumber, serta penilaian tafsiran. Data kajian diperoleh melalui kaedah kualitatif sejarah, manakala analisis bandingan dan analisis tekstual digunakan dalam penulisan dapatan kajian. Sumber rujukan diperolehi daripada Arkib Negara, perpustakaan UPSI, UM, Taiping, serta sumber atas talian. Kajian ini mendapati bahawa penulisan sejarah daerah Larut telah mengalami perkembangan menyeluruh dari segi penghasilan karya sejak 1878 hingga 2021, meliputi tema kajian, penggunaan bahan rujukan, dan pentafsiran yang dikemukakan. Walaupun prosesnya agak perlahan, perkembangan ini tetap bersifat positif. Justeru, kajian ini memberikan implikasi penting dalam korpus ilmu sejarah, khususnya dalam bidang historiografi yang menekankan kajian yang mengambil skala yang lebih kecil.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.