UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :QH301 Biology
Main Author :Nor Hayati Samsudin
Additional Authors :
  • Nur Izwani Mohd Shapri
Title :Penggunaan dan kebolehgunaan platform pentaksiran gamifikasi Aero-P Escape untuk pelajar Biologi Matrikulasi
Hits :2
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2026
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan platform pentaksiran gamifikasi Aero-P Escape bagi topik Respirasi Aerob dan menentukan kebolehgunaan platform ini dari perspektif pelajar Sistem Dua Semester (SDS) kursus Biologi Kolej Matrikulasi. Reka bentuk kajian ialah kajian pembangunan yang menggunakan pendekatan analisis kuantitatif. Platform pentaksiran gamifikasi Aero-P Escape dibangunkan berdasarkan integrasi Model ADDIE serta Lima Langkah Mengaplikasi Gamifikasi dalam Pembelajaran. Kesahan kandungan platform pentaksiran gamifikasi Aero-P Escape dinilai oleh enam orang pakar melalui borang penilaian kesahan kandungan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Content Validity Index (CVI). Bagi menilai kebolehgunaan platform pentaksiran gamifikasi Aero-P Escape dari perspektif pelajar, sampel kajian terdiri daripada 306 orang pelajar SDS dari Kolej Matrikulasi Zon Utara melalui teknik pensampelan rawak berkelompok berperingkat. Tahap persepsi kebolehgunaan platform ditentukan menggunakan borang Soal Selidik Kebolehgunaan Platform Pentaksiran Gamifikasi Aero-P Escape yang diadaptasi daripada soal selidik USE. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan nilai S-CVI/Ave dalam penilaian kesahan kandungan aspek gamifikasi dan kesahan kandungan aspek kandungan Biologi Kolej Matrikulasi adalah tinggi iaitu 1.00. Seterusnya, hasil analisis data menunjukkan bahawa tahap persepsi kebolehgunaan platform mengikut konstruk adalah sangat tinggi, iaitu kebergunaan (min = 3.82), kemudahgunaan (min = 3.80), kemudahpelajaran (min = 3.81) dan kepuasan (min = 3.83). Min keseluruhan juga adalah sangat tinggi, iaitu 3.82 dengan sisihan piawai sebanyak 0.42. Kesimpulannya, penilaian kebolehgunaan ini menunjukkan bahawa platform ini mempunyai reka bentuk yang sah, mudah digunakan, mudah dipelajari dan memuaskan dari perspektif pelajar. Oleh itu, platform ini berpotensi untuk dijadikan alternatif kepada pentaksiran konvensional yang lebih fleksibel dan praktikal bagi topik Respirasi Aerob di Kolej Matrikulasi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.