|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan antara amalan organisasi pembelajaran dan keberkesanan latihan dalam kalangan penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor. Pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik digunakan untuk menganalisis data daripada 344 responden yang dipilih secara rawak berstrata berdasarkan kategori penarafan PBT. Instrumen soal selidik diadaptasi daripada soal selidik Dimensi Pembelajaran Organisasi dan Model Penilaian Latihan Kirkpatrick_s untuk mengukur pemboleh ubah utama. Data dianalisis melalui statistik deskriptif dan inferens. Analisis deskriptif menunjukkan tahap tinggi bagi kedua-dua pemboleh ubah iaitu amalan organisasi pembelajaran (M=4.237, SD=0.222) dan keberkesanan latihan (M=4.246, SD=0.311). Analisa ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi keberkesanan latihan yang dijalankan mengikut faktor umur penguatkuasa [F (3,344) = 12.133, p=0.000], kategori penarafan PBT [F (2,344) = 5.661, p=0.000], dan tahap Pendidikan [F (3, 344) =11.563, p=0.000]. Terdapat hubungan positif yang kuat antara amalan organisasi pembelajaran dengan keberkesanan latihan yang diterima oleh penguat kuasa (r=0.798, p |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |