UPSI Digital Repository (UDRep)

Teknik ToHuCoKeP dalam kemahiran menulis karangan perbahasan Bahasa Tamil Tingkatan 3

AVAILABLE Thesis 85 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Teknik ToHuCoKeP dalam kemahiran menulis karangan perbahasan Bahasa Tamil Tingkatan 3
Type
Thesis
Main Author
Kala Pamaya
Additional Authors
  • Ilaskumaran Sivanadhan (advisor)
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan perbahasan Bahasa Tamil kalangan pelajar Tingkatan 3 melalui penggunaan teknik ToHuCoKeP. Seramai 30 murid dari sebuah sekolah daerah Johor Bahru dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan rawak. Daripada laporan analisis item soalan pertengahan tahun membuktikan kebanyakan pelajar di sekolah tersebut mempunyai masalah penulisan karangan perbahsan. Kajian menggunakan reka bentuk kualitatif dengan instrumen ujian pra, ujian pasca, temu bual, dan analisis dokumen. Data dianalisis secara statistik deskriptif (peratusan) dan tematik. Dapatan menunjukkan peningkatan ketara selepas enam kelas intervensi, dengan semua murid menunjukkan penguasaan yang kepujian dalam mengolah isi, 82% dalam pengurusan struktur karangan, dan semua muridmempunyai peningkatan dari segi keseluruhan markah. Enam belas murid mendapat tahap penguasan cemerlang iaitu antara 33 hingga 40 markah selepas penggunaan teknik ToHuCoKeP dalam karangan perbahasan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti masalah penulisan karangan perbahasan yang dihadapi oleh murid serta menilai keberkesanan teknik ToHuCoKeP sebagai satu intervensi pengajaran dan pembelajaran. Temu bual mendapati murid lebih yakin mengembangkan hujah secara sistematik dan menggunakan contoh yang relevan untuk menyokong hujah mereka. Implikasinya, teknik ToHuCoKeP berpotensi sebagai pendekatan pedagogi berkesan untuk mengatasi kelemahan murid dalam penulisan isi karangan serta menyokong matlamat Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kajian ini memberi sumbangan penting kepada guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan murid dalam mempertingkatkan pencapaian Bahasa Tamil. Kata Kunci: ToHuCoKeP, Karangan Perbahasan, Bahasa Tamil, Kemahiran Menulis, Tingkatan 3, Intervensi Pedagogi

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.