Kesan modul kelompok bimbingan teori pilihan terapi reality terhadap penerokaan kerjaya dan membuat keputusan kerjaya murid swekolah menengah
Type
Thesis
Main Author
Shukree Yusof
Additional Authors
Ahmad Jazimin Jusoh (advisor)
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji kesan Modul Kelompok Bimbingan Teori Pilihan Terapi Realiti (MKBTPTR) terhadap dua aspek kerjaya murid iaitu penerokaan kerjaya dan membuat keputusan kerjaya dalam kalangan murid tingkatan emapat di dua buah sekolah menengah harian di Hulu Terengganu, Terengganu. Penyelidikan secara kuantitatif menggunakan kaedah reka bentuk kuasi eksperimen melibatkan 120 murid berumur 16 tahun yang dipilih secara rawak berdasarkan pembahagian kepada tiga kumpulan: Kelompok Bimbingan Kecil (KBK) (R1a, R1b, R1c; n=30), Kelompok Bimbingan Besar (KBB) (R2; n=30), dan Kelompok Kawalan (KK) (K1; n=60). Intervensi dijalankan secara mingguan selama 10 minggu melibatkan 8 sesi dan 12 aktiviti. Dua set instrumen telah digunakan untuk mengukur penerokaan kerjaya iaitu Soalselidik Penerokaan Kerjaya (CESR) dan membuat keputusan kerjaya iaitu Soalselidik Kesukaran Membuat Keputusan Kerjaya (CDDQR). Data dianalisis menggunakan SPSS versi 22.0 terhadap data praujian dan pascaujian dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi melibatkan ujian t sampel bebas, ANOVA, ANCOVA, MANCOVA dan Post Hoc Tukey pada aras signifikan p
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.