|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Penyelidikan ini bertujuan mengkaji kesan Modul Kelompok Bimbingan Teori Pilihan Terapi Realiti (MKBTPTR) terhadap dua aspek kerjaya murid iaitu penerokaan kerjaya dan membuat keputusan kerjaya dalam kalangan murid tingkatan emapat di dua buah sekolah menengah harian di Hulu Terengganu, Terengganu. Penyelidikan secara kuantitatif menggunakan kaedah reka bentuk kuasi eksperimen melibatkan 120 murid berumur 16 tahun yang dipilih secara rawak berdasarkan pembahagian kepada tiga kumpulan: Kelompok Bimbingan Kecil (KBK) (R1a, R1b, R1c; n=30), Kelompok Bimbingan Besar (KBB) (R2; n=30), dan Kelompok Kawalan (KK) (K1; n=60). Intervensi dijalankan secara mingguan selama 10 minggu melibatkan 8 sesi dan 12 aktiviti. Dua set instrumen telah digunakan untuk mengukur penerokaan kerjaya iaitu Soalselidik Penerokaan Kerjaya (CESR) dan membuat keputusan kerjaya iaitu Soalselidik Kesukaran Membuat Keputusan Kerjaya (CDDQR). Data dianalisis menggunakan SPSS versi 22.0 terhadap data praujian dan pascaujian dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi melibatkan ujian t sampel bebas, ANOVA, ANCOVA, MANCOVA dan Post Hoc Tukey pada aras signifikan p |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |