Pendekatan literature circle dalam penulisan cerita Bahasa Tamil murid tingkatan 1
Type
Thesis
Main Author
Vimona Rengganathan
Additional Authors
Ilaskumaran Sivanadhan (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan pendekatan Literature Circle (LC) dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan bercerita Bahasa Tamil dalam kalangan murid menengah. Pendekatan LC diterapkan sebagai strategi pedagogi berpusatkan murid bagi menggalakkan pemikiran kreatif, interaksi aktif dan kolaboratif, serta penguasaan elemen naratif secara sistematik. Kajian ini melibatkan dua kumpulan iaitu Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan. Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk menilai perubahan pencapaian murid, manakala pemerhatian dan temu bual dijalankan untuk mendapatkan data kualitatif mengenai penglibatan serta minat murid terhadap pendekatan LC. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kumpulan Rawatan mencatatkan peningkatan yang signifikan dalam aspek kreativiti, penguasaan struktur karangan, dan kejelasan idea berbanding Kumpulan Kawalan. Tahap penglibatan murid juga meningkat secara ketara apabila pendekatan LC digunakan, dengan majoriti murid menunjukkan minat tinggi terhadap aktiviti kumpulan dan individu. Analisis keseluruhan membuktikan bahawa pendekatan LC mampu menyokong keperluan pembelajaran abad ke-21 dan berpotensi digunakan sebagai strategi efektif dalam pengajaran penulisan kreatif Bahasa Tamil. Kajian ini turut mencadangkan penerapan LC secara lebih sistematik dalam PdP serta penyelidikan lanjutan untuk menilai keberkesanannya dalam kemahiran bahasa lain. Implikasinya, pendekatan LC berpotensi menjadi strategi pedagogi yang berkesan dalam mengatasi kelemahan murid dalam penulisan karangan bercerita serta selari dengan matlamat Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kajian ini memberikan sumbangan signifikan kepada guru dalam memperkaya amalan pedagogi bilik darjah, kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkukuh dasar dan pelaksanaan kurikulum, serta kepada murid dalam usaha mempertingkatkan pencapaian dan kemahiran penulisan Bahasa Tamil. Kata kunci: Literature Circle, penulisan karangan bercerita, kreativiti, Bahasa Tamil
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.