UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kebolehbacaan bahan bacaan yang dipilih oleh murid dan tahap kebolehbacaan bahan bacaan yang dipilih oleh guru. Seterusnya perbandingan di antara tahap kebolehbacaan bahan bacaan yang dipilih oleh murid dengan bahan bacaan yang dipilih oleh guru. Reka bentuk kajian yang dijalankan ini berbentuk kuantitatif deskriptif. Kajian ini telah dijalankan di empat buah sekolah rendah yang dibahagikan kepada sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Sampel kajian terdiri daripada 144 orang murid sekolah rendah yang telah dipilih oleh guru dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Seramai 24 orang guru Bahasa Melayu terlibat dalam kajian ini. 288 buah bahan bacaan telah dianalisis kandungannya dari aspek jumlah ayat, jumlah patah perkataan dan jumlah suku kata dengan menggunakan Formula Kebolehbacaan Khadijah Rohani (1982). Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan pemilihan oleh murid dengan guru dari aspek tahap kebolehbacaan bahan dan genre bahan bacaan. Namun demikian dapatan turut menunjukkan persamaan antara pemilihan bahan oleh guru dan murid dari aspek bahan bacaan berilustrasi. Dapatan kajian juga memperlihatkan perbezaan pemilihan tahap kebolehbacaan bahan, genre, dan illustrasi mengikut jantina, lokasi, tahap dan tahun persekolahan murid. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |