UPSI Digital Repository (UDRep)

Penggunaan aplikasi clipchamp dalam kemahiran membaca Bahasa Tamil murid tingkatan 1

AVAILABLE Thesis 123 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Penggunaan aplikasi clipchamp dalam kemahiran membaca Bahasa Tamil murid tingkatan 1
Type
Thesis
Main Author
Anjalai Apasamy
Additional Authors
  • Kartheges Ponniah (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan video Clipchamp dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tingkatan 1 bagi mata pelajaran Bahasa Tamil. Isu utama yang dikenalpasti ialah murid tidak menguasai pengecaman huruf serta tidak memiliki kelancaran membaca yang memuaskan iaitu berada pada tahap yang terhad berdasarkan panduan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Seramai 10 murid telah dipilih menjadi sampel kajian. Ujian pra secara PdP konvensional dijalankan dan bahan membaca yang sama digunakan pada sampel kajian dan dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan rawatan berdasarkan pencapaian tahap penguasaan (TP) mereka. Kaedah kuantitatif dipilih dengan menggunakan instrumen kajian terdiri daripada ujian pra, ujian pasca, analisis dokumen merujuk rubrik pemarkahan dalam bentuk TP dan pemerhatian digunakan bagi menilai perbandingan sebelum dan selepas kaedah PdP berbantukan video Clipchamp. Selama lapan minggu kumpulan rawatan telah didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran berbantukan video Clipchamp dan kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah konvensional. Kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra pada awal uji-kaji dan ujian pasca pada akhir uji-kaji. Pengkaji mendapati terdapat peningkatan yang ketara dalam kemahiran membaca kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan iaitu meningkat nilai purata kepada 3.4 daripada 1.4. Implikasi daripada kajian ini ialah guru-guru Bahasa Tamil perlu mengintegrasikan penggunaan video Clipchamp dalam PdP mereka agar memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di sekolah ataupun di rumah, Kajian ini diharap dapat memberi sumbangan kepada ibubapa dan selaras dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pembaharuan pedagogi dan integrasi teknologi. Kata kunci: Bahasa Tamil, DSKP, tahap penguasaan kemahiran membaca, aplikasi Clipchamp

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.