Analisis keberkesanan kaedah DEAR dalam penulisan cerpen Bahasa Tamil dalam kalangan murid tingkatan empat
Type
Thesis
Main Author
Mullay Chandra Chandrasakar
Additional Authors
Kartheges Ponniah (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah Drop Everything And Read (DEAR) dalam meningkatkan kemahiran penulisan cerpen dalam kalangan murid Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Bahasa Tamil. Permasalahan utama yang dikenal pasti ialah murid menghadapi kesukaran untuk mengembangkan idea, menggunakan kosa kata yang sesuai serta membina struktur ayat yang gramatis dalam penulisan cerpen, Selain itu, tahap minat membaca yang rendah turut mempengaruhi kualiti penulisan murid. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen dengan satu kumpulan rawatan sahaja. Seramai 15 orang murid Tingkatan 4 telah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca yang melibatkan penulisan cerpen bertema sama bagi menilai tahap kemahiran penulisan murid sebelum dan selepas pelaksanaan kaedah DEAR. Intervensi DEAR telah dilaksanakan selama enam minggu, di mana murid diberi masa khusus untuk membaca bahan bacaan yang sesuai sebelum menjalankan aktiviti penulisan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam skor min ujian pasca berbanding ujian pra. Hal ini membuktikan bahawa kaedah DEAR berkesan dalam membantu murid menjana idea, memperkayakan kosa kata, memperbaiki struktur ayat serta meningkatkan kefahaman terhadap elemen cerpen. Selain itu, kaedah DEAR juga didapati dapat meningkatkan minat membaca dan keyakinan murid dalam penulisan cerpen. Kesimpulannya, kaedah DEAR merupakan satu pendekatan pengajaran yang berkesan dan sesuai diaplikasikan dalam pengajaran Bahasa Tamil, khususnya bagi meningkatkan kemahiran penulisan cerpen dalam kalangan murid sekolah menengah. Kata kunci : Kaedah DEAR, kemahiran penulisan, cerpen, Bahasa Tamil, minat membaca
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.