UPSI Digital Repository (UDRep)

Penguasaan penggunaan ICT dari aspek pedagogi dan teknikal dalam kalangan guru Matematik terhadap pencapaian murid

AVAILABLE Thesis 204 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information Cached
Title
Penguasaan penggunaan ICT dari aspek pedagogi dan teknikal dalam kalangan guru Matematik terhadap pencapaian murid
Type
Thesis
Main Author
Shuhada Nasuha Hairol Azli
Additional Authors
  • Norazman Arbin (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2026
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap dan hubungan bagi penguasaan penggunaan ICT dari aspek pedagogi dan teknikal dalam kalangan guru Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan, serta pengaruhnya terhadap pencapaian murid berdasarkan pengalaman mengajar guru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui pendekatan kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang merangkumi dua konstruk utama, iaitu aspek pedagogi dan aspek teknikal ICT. Seramai 136 orang guru Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Kuala Selangor telah dipilih sebagai responden kajian melalui teknik persampelan rawak berstrata. Analisis deskriptif yang melibatkan skor min digunakan bagi menjawab persoalan kajian pertama. Manakala bagi persoalan kajian kedua dan ketiga, analisis inferensi melibatkan korelasi Pearson dan ujian _ t tidak bersandar telah digunakan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan penggunaan ICT dalam kalangan guru Matematik berada pada tahap yang tinggi, dengan aspek teknikal mencatatkan tahap penguasaan yang lebih tinggi berbanding aspek pedagogi. Selain itu, hasil kajian turut menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat (r = 0.821) antara penguasaan ICT dari aspek pedagogi dan teknikal dengan pencapaian akademik murid. Keputusan ujian _ t tidak bersandar pula mendapati terdapat perbezaan yang signifikan (p = 0.010) dalam penguasaan penggunaan ICT dan pencapaian murid berdasarkan pengalaman mengajar guru. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa penguasaan ICT dalam kalangan guru Matematik memberi pengaruh yang signifikan terhadap kualiti proses pengajaran dan pembelajaran serta berupaya meningkatkan prestasi murid. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan ICT perlu diberi perhatian oleh warga pendidik, khususnya dari aspek pedagogi, dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.