|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan rawatan modul bimbingan integrasi dengan menggunakan rekabentuk eksperimen tulen. Kajian ini berdasarkan pendekatan Motivational Interviewing dan Cognitive Behaviour Therapy dalam meningkatkan tahap perubahan motivasi, daya tindak dan tingkah laku agresif murid Tingkatan Empat di dua buah sekolah menengah Daerah Klang, Selangor. Modul kajian ini dibina sebanyak 10 sesi dan 20 aktiviti bimbingan kelompok telah dijalankan secara mingguan. Soal selidik yang digunakan mengandungi maklumat peribadi dan tiga soal selidik kajian iaitu yang menjurus kepada konstruk kajian seperti Soal Selidik Tahap Perubahan Motivasi (URICA), Soal selidik Brief COPE dan Soal selidik Tingkah laku Agresif. Kajian ekperimen tulen ini melibatkan seramai 99 peserta dipilih memasuki dua jenis kelompok rawatan iaitu kelompok bimbingan besar (KBB),kelompok bimbingan kecil (KBK) dan satu kelompok kawalan (KK). Peserta kajian berumur 16 tahun dan merupakan murid sekolah harian biasa. Peserta rawatan KBK ialah 33 murid yang dibahagikan kepada tiga kelompok kecil (R1a=11, R1b=11 dan R1c=11), manakala KBB seramai 33 murid dalam satu kelompok besar (R2=33) dan satu kelompok kawalan (KK=33). Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi melibatkan min,ANOVA,MANOVA, MANCOVA dan Post Hoc jenis Tukey. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan ukuran skor ujian pra dan pasca kelompok rawatan bimbingan kecil dan besar bagi nilai tahap perubahan motivasi [F (2.96=574.119, df= 96, p |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |