UPSI Digital Repository (UDRep)

Sumbangan prasarana dan peranan surau sekolah terhadap pengajaran Pendidikan Islam sekolah kebangsaan di Malaysia

AVAILABLE Thesis 107 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Sumbangan prasarana dan peranan surau sekolah terhadap pengajaran Pendidikan Islam sekolah kebangsaan di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Siti Adawiah Mohd Adzmy
Additional Authors
  • Norhisham Muhamad (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

PenyelidikanKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan prasarana dan peranan surau sekolah kebangsaan serta faktor-faktor yang dapat menyumbang terhadap pengajaran di surau sekolah. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik, merupakan intrumen utama kajian yang melibatkan 500 orang guru Pendidikan Islam yang telah dipilih melalui persampelan rawak mudah dan berkelompok daripada dua kategori sekolah kebangsaan iaitu bandar dan luar bandar. Selain itu, pendekatan kualitatif turut digunakan dalam kajian ini sebagai triangulasi melibatkan beberapa GPI sebagai sokongan kepada dapatan-dapatan kuantitatif. Berdasarkan analisis deskriptif, responden didapati mempunyai persepsi yang sederhana rendah bagi setiap aspek pengajaran PI. Sebaliknya, mereka menunjukkan persepsi yang tinggi terhadap aspek peranan surau sekolah dan tahap sederhana tinggi bagi aspek prasarana surau sekolah secara keseluruhannya. Kajian ini juga telah mengenal pasti perbezaan yang signifikan dengan menggunakan ujian Mann Whitney. Hasil dapatan menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi jantina bagi persepsi GPI terhadap aspek ergonomik prasarana (p=0.034); namun, tiada perbezaan yang signifikan dari segi lokasi sekolah bagi aspek-aspek peranan dan prasarana surau sekolah (p>0.05). Analisis korelasi Spearman pula menunjukkan hubungan yang signifikan (p

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.