Keberkesanan pendekatan komunikatif dalam meningkatkan kemahiran bertutur Bahasa Tamil murid tingkatan 2
Type
Thesis
Main Author
Ilanchelvan Sivanadhan
Additional Authors
Manonmani Devi Anamalai (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Pendekatan Komunikatif dalam meningkatkan kemahiran bertutur Bahasa Tamil dalam kalangan murid Tingkatan 2. Kajian ini memfokuskan kepada dua objektif kajian utama, iaitu mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Tamil murid selepas pelaksanaan Pendekatan Komunikatif dan menganalisis keberkesanan pendekatan tersebut dalam meningkatkan kemahiran bertutur murid. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen tanpa kumpulan kawalan. Seramai 30 orang murid Tingkatan 2 dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca kemahiran bertutur yang dinilai berdasarkan Tahap Penguasaan (TP1-TP6) seperti yang digariskan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Intervensi dijalankan selama enam minggu melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti komunikasi. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tahap penguasaan kemahiran bertutur murid selepas intervensi dan Pendekatan Komunikatif sesuai diaplikasikan dalam pengajaran bahasa di peringkat sekolah menengah. Kata Kunci : Pendekatan Komunikatif, kemahiran bertutur, bahasa Tamil, Tahap Penguasaan,
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.