UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan modul pencegahan buli terapi kognitif tingkah laku terhadap tingkah laku menangani buli pemikiran positif sihat dan kecerdasan emosi pelajar sekolah menengah

AVAILABLE Thesis 356 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan modul pencegahan buli terapi kognitif tingkah laku terhadap tingkah laku menangani buli pemikiran positif sihat dan kecerdasan emosi pelajar sekolah menengah
Type
Thesis
Main Author
Nor Farhana Aini Idris
Additional Authors
  • Fauziah Mohd Saad (advisor)
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian eksperimen ini bertujuan mengukur kesan Kelompok Bimbingan Kecil Modul Pencegahan Buli (KBKMBP) dan Kelompok Bimbingan Besar Modul Pencegahan Buli (KBBMPB) menggunakan pendekatan Terapi Kognitif Tingkah Laku (TKT) ke atas Tingkah Laku Menangani Buli (TLMB), Pemikiran Positif Sihat (PPS) dan Kecerdasan Emosi (KE) dalam kalangan pelajar sekolah. Kajian ini melibatkan pelajar tingkatan dua dari dua buah sekolah menengah di daerah Kuala Muda, Kedah dan di daerah Maran, Pahang. Seramai 90 orang subjek kajian dipilih memasuki dua kelompok rawatan dan satu kelompok kawalan. Inventori Tingkah Laku Pemerkasaan Menangani Buli Laku (ITLPMB), Inventori Pemikiran Positif Sihat (IPPS) dan Inventori Kebijaksanaan Emosi Sofian (IKES) telah digunakan. Subjek dibahagikan kepada tiga kumpulan; (i) KBKMPB seramai 30 orang pelajar dibahagikan kepada tiga kelompok kecil (R1a=10, R1b= 10, R1c=10), (ii) KBBMPB seramai 30 orang pelajar dalam satu kelompok besar (R2=30) dan (iii) kumpulan kawalan seramai 30 orang (K1=30). Subjek kelompok rawatan diberi bimbingan kelompok selama sembilan minggu. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif, ANOVA, MANOVA, MANCOVA dan Post Hoc Tukey pada nilai aras signifikan 0.05. Berdasarkan analisis ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan dalam ukuran ujian pra bagi KE (F = 1.872, p > .05) namun terdapat perbezaan yang signifikan bagi TLMB (F = 8.149, p < .05) dan PPS (F = 6.413, p < .05). Manakala, bagi analisis MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara Intervensi KBKMPB dan KBBMPB ke atas TLMB (F = 8.149, p < .05), PPS (F = 6.413, p < .05) dan KE (F = 1.872, p > .05). Bagi analisis MANCOVA turut menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara Intervensi KBKMPB dan KBBMPB ke atas TLMB F (2,86) = 55.914, p < .05, PPS F (2,86) = 25.358, p < .05 dan KE F (2,86) = 13.480, p < .05. Hasil kajian mendapati rawatan KBKMPB dan KBBMPB berkesan dalam meningkatkan pemboleh ubah terikat TLMB, PPS dan KE kelompok rawatan berbanding kelompok kawalan. Namun, kelompok rawatan KBKMPB lebih berkesan berbanding kelompok rawatan KBBMPB. Kajian juga mendapati faktor jantina dan interaksi antara jantina tidak mempengaruhi kesan rawatan. Kajian ini memberi sumbangan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling apabila berjaya membangunkan satu modul yang berfokus kepada pencegahan berorientasikan pendekatan MPBTKT dalam meningkatkan TLMB, PPS dan KE pelajar._ _ _ _

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.