UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis pengamalan Pdpc kesusasteraan Tamil SPM dalam didik tv

AVAILABLE Thesis 101 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis pengamalan Pdpc kesusasteraan Tamil SPM dalam didik tv
Type
Thesis
Main Author
Ilanchelvan Sivanadhan
Additional Authors
  • Kartheges Ponniah (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis pengamalan Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) subjek Kesusasteraan Tamil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang disiarkan melalui saluran Didik TV oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti kandungan PdPc Kesusasteraan Tamil dalam Didik TV, mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh tenaga pengajar, serta menganalisis keberkesanan PdPc tersebut terhadap pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan dan temu bual separa berstruktur. Data dikumpulkan melalui analisis episod pendidikan Didik TV, perbandingan kandungan dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), serta temu bual melibatkan guru dan pelajar Kesusasteraan Tamil SPM. Analisis kajian dipandu oleh Teori Pembelajaran Multimedia yang diasaskan oleh Richard Mayer (2001). Dapatan kajian menunjukkan bahawa kandungan Kesusasteraan Tamil dalam Didik TV secara umumnya selari dengan DSKP dan berpotensi menyokong pembelajaran pelajar, khususnya dari aspek penyampaian visual dan auditori yang menarik. Walau bagaimanapun, kajian turut mengenal pasti beberapa cabaran seperti kekangan masa siaran, keterbatasan interaksi dua hala, dan keperluan penyesuaian pedagogi oleh tenaga pengajar. Kesimpulannya, Didik TV merupakan satu medium PdPc alternatif yang berkesan dan relevan dalam menyokong pembelajaran Kesusasteraan Tamil SPM. Implikasi kajian ini menyumbang kepada penambahbaikan amalan PdPc berasaskan multimedia, membantu guru dalam perancangan pengajaran, serta memberi panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkukuh keberkesanan penyiaran pendidikan pada masa hadapan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.