UPSI Digital Repository (UDRep)

Kepimpinan Instruksional guru besar kualiti guru sokongan persatuan Ibu Bapa Guru dan Komuniti terhadap pencapaian akademik murid

AVAILABLE Thesis 66 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kepimpinan Instruksional guru besar kualiti guru sokongan persatuan Ibu Bapa Guru dan Komuniti terhadap pencapaian akademik murid
Type
Thesis
Main Author
Mokilau Rudin
Additional Authors
  • Dayang Rafidah Syariff M.Fuad (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2024
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan menilai pengaruh Kepimpinan Instruksional Guru Besar, Kualiti Guru, Sokongan Persatuan Ibu Bapa Guru Dan Komuniti terhadap pencapaian akademik murid sekolah rendah luar bandar di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud, Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan dan analisis inferens. Seramai 293 orang guru dari 57 buah sekolah rendah dipilih sebagai responden melalui pensampelan rawak berstrata. Instrumen soal selidik yang dibina melalui adaptasi model Hallinger dan Murphy, Standard Guru Malaysia (2010), dan eSarana PIBG telah disahkan oleh pakar dengan nilai kebolehpercayaan melebihi .90. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kepimpinan instruksional (min = 4.42), kualiti guru (min = 4.43) dan sokongan PIBG serta komuniti (min = 4.39) berada pada tahap tinggi. Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kualiti guru mengikut jantina [t(291) = 2.04, p < .05], tetapi tidak signifikan bagi kepimpinan instruksional dan sokongan PIBG. Ujian ANOVA tidak menunjukkan perbezaan signifikan bagi semua pemboleh ubah mengikut umur, pengalaman, kelayakan akademik dan ikhtisas. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif tetapi lemah antara kepimpinan instruksional dan pencapaian akademik murid [r = .188, p < .01], kualiti guru [r = .225, p < .01], serta sokongan PIBG dan komuniti [r = .203, p < .01]. Analisis regresi berganda menunjukkan bahawa ketiga-tiga pemboleh ubah menyumbang sebanyak 15.8% variasi terhadap pencapaian akademik murid (R_ = .158), dengan hanya kepimpinan instruksional sebagai peramal signifikan (_ = .126, p < .05). Kesimpulannya, kepimpinan instruksional memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik murid. Implikasinya, penambahbaikan terhadap amalan kepimpinan sekolah dan penglibatan komuniti adalah kritikal dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid, khususnya di sekolah luar bandar.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.