UPSI Digital Repository (UDRep)

Penggunaan ayat majmuk :satu kajian ke atas penulisan karangan pelajar tingkatan enam rendah

AVAILABLE Thesis 81 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penggunaan ayat majmuk :satu kajian ke atas penulisan karangan pelajar tingkatan enam rendah
Type
Thesis
Main Author
Zulkifli Osman
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2002
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau kemampuan pelajar menggunakan ayat majmuk dalam penulisan  karangan. Kemampuan pelajar menggunakan ayat majmuk diukur dari segi kadar kekerapan penggunaan dan  kesalahan ayat majmuk yang dihasilkan dalam penulisan karangan mereka. Bagi meninjau kekerapan  penggunaan ayat majmuk, penjenisan ayat majmuk aktif Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga, 1993)  digunakan. Manakala, bagi meninjau kekerapan kesalahan ayat majmuk, rumusan Nahu Melayu Mutakhir  (1993) dan Analisis Kesalahan Nahu Raminah Sabran (1983) digunakan. Kajian ini melihat sejauh mana  pelajar menggunakan ayat majmuk dan kadar  kesalahannya.  Selain itu, kajian ini  turut meninjau  kadar kekerapan penggunaan dan kesalahan ayat majmuk berdasarkan latar belakang pelajar. Kajian  berbentuk deskriptif ini melibatkan 70 orang pelajar sebagai responden. Bilangan responden ini  mewakili semua pelajar tingkatan enam rendah yang mengambil mata pelajaran  Bahasa  Melayu  dalam   peperiksaan  STPM  tahun  2001.  Bagi mengumpulkan data, hasil karangan dalam peperiksaan sebenar,  iaitu Peperiksaan Akhir Tahun telah digunakan. Soalan yang digunakan dalam peperiksaan tersebut  telah digubal berdasarkan soalan sebenar Kertas Bahasa Melayu STPM dengan bantuan Guru Kanan mata  pelajaran Bahasa Melayu. Bagi mencari kekerapan penggunaan dan kesalahan ayat majmuk, peratusan  telah digunakan. Sementara itu, purata digunakan bagi melihat perbezaan kadar penggunaan dan  kesalahan ayat majmuk berdasarkan latar belakang pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa  sebahagian besar ayat yang dihasilkan oleh pelajar dalam hasil penulisan karangan mereka ialah ayat  majmuk. Kajian juga mendapati bahawa ayat majmuk campuran merupakan jenis ayat majmuk yang paling  kerap digunakan dan tinggi kadar kesalahannya. Selain itu, Kajian ini juga mendapati bahawa kadar  penggunaan dan kesalahan ayat majmuk bagi kumpulan pelajar yang berlainan latar belakang adalah  berbeza.  Kajian ini  juga mendapati  bahawa  kumpulan  pelajar yang kerap menggunakan ayat majmuk,  khususnya ayat majmuk campuran, kerap melakukan kesalahan ayat majmuk. Dapatan kajian juga  menunjukkan bahawa sebahagian besar tahap karangan pelajar tergolong dalam kategori rendah. Kajian  ini diharapkan dapat membantu guru untuk membentuk satu rancangan pengajaran yang berkesan bagi  mengurangkan kesalahan bahasa, khususnya ayat majmuk dalam penulisan karangan pelajar. Kajian ini  juga dapat membantu guru memahami masalah pelajar yang ber1ainan latar belakang dalam mengikuti  proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, khususnya kemahiran menulis.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.