UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan kit sulaman BBM Pendidikan seni visual KSPK berdasarkan elemen pembelajaran Steam

AVAILABLE Thesis 228 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information Cached
Title
Pembangunan kit sulaman BBM Pendidikan seni visual KSPK berdasarkan elemen pembelajaran Steam
Type
Thesis
Main Author
Jami'ah Ismail
Additional Authors
  • Norakmal Abdullah (advisor)
Subject
N Fine Arts
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni,Kelestarian Industri Kreatif
Year of publication
2026
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) sulaman berasaskan elemen STEAM bagi pendidikan prasekolah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK 2017), dengan hasrat menyokong perkembangan holistik dan memelihara warisan kraf tradisional negara. Reka bentuk penyelidikan ini menggunakan kaedah Model ADDIE, pendekatan kualitatif dengan kaedah kajian kes instrumental, yang melibatkan dua fasa temu bual separa berstruktur dan tidak berstruktur terhadap guru-guru prasekolah serta pakar bidang. Analisis data dijalankan menggunakan kaedah Miles dan Huberman serta perisian Atlas.Ti bagi mengenal pasti tema dan ciri-ciri penting dalam pembangunan kit. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kit STEAMbroidery mampu menyepadukan elemen sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik dengan unsur budaya melalui aktiviti interaktif seperti Thread Lab, Stitch & Count, dan sulaman motif kebaya Nyonya. Kit ini juga disahkan oleh pakar dari lima aspek utama, termasuk keberkesanan pedagogi, perkembangan psikomotor, nilai warisan budaya, reka bentuk mesra pengguna serta kesesuaian dengan pendekatan Project-Based Learning (PBL) dan Teori Konstruktivisme Vygotsky. Kesimpulan kajian membuktikan bahawa kit ini bukan sahaja boleh meningkatkan motivasi dan minat murid terhadap pembelajaran berasaskan projek, malah memperkukuh peranan guru dalam pelaksanaan kurikulum yang inovatif dan kontekstual. Sumbangan utama kajian ini termasuklah memperkasa guru dengan BBM yang sistematik, menyokong perkembangan motor halus, merangsang pemikiran kreatif dan kritis kanak-kanak, serta menjadi medium untuk memelihara dan memartabatkan warisan kraf tangan negara melalui pendidikan awal kanak-kanak

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.