UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengurusan kepimpinan dalam karya terpilih Anwar Ridhwan

AVAILABLE Thesis 86 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pengurusan kepimpinan dalam karya terpilih Anwar Ridhwan
Type
Thesis
Main Author
Rahmanyasin Jaafar
Additional Authors
  • Azhar Wahid (advisor)
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini menganalisis konsep kepimpinan dalam tiga karya utama Anwar Ridhwan iaitu Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Naratif Ogonshoto dan Arus. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dimensi kepimpinan yang digambarkan dalam teks, menganalisis gaya kepimpinan dan merumuskan konsep kepimpinan yang menggabungkan nilai tradisi dengan tuntutan moden. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif menggunakan analisis teks, dengan pengumpulan data melalui dokumen dan analisis tematik. Teori yang digunakan merangkumi Pendekatan Pengurusan Sastera, Teori Kecerdasan Emosi Goleman, D. (2000) dan Teori Keusahawanan Kirzner (1973). Dapatan kajian menunjukkan bahawa Anwar Ridhwan menampilkan tiga corak kepimpinan utama: autokratik melalui watak Jeneral dalam Naratif Ogonshoto, demokratik dan transformasi melalui watak Pak Hassan dalam Hari-hari Terakhir Seorang Seniman serta afiliasi bercampur laissez-faire melalui watak Pawang Kri dalam Arus. Analisis ini merumuskan bahawa kepimpinan dalam karya tersebut bersifat hibrid, menggabungkan nilai tradisional dengan strategi moden dan keberkesanannya bergantung pada kesesuaian gaya dengan konteks sosial. Kajian ini memberikan implikasi penting terhadap pengembangan teori sastera, pengajian kepimpinan, dan pembangunan sosial budaya. Selain memperkaya wacana akademik, dapatan ini menawarkan panduan praktikal bagi pembentukan pemimpin masa hadapan yang mampu menyeimbangkan tradisi dan inovasi.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.