|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini menganalisis konsep kepimpinan dalam tiga karya utama Anwar Ridhwan iaitu Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Naratif Ogonshoto dan Arus. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dimensi kepimpinan yang digambarkan dalam teks, menganalisis gaya kepimpinan dan merumuskan konsep kepimpinan yang menggabungkan nilai tradisi dengan tuntutan moden. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif menggunakan analisis teks, dengan pengumpulan data melalui dokumen dan analisis tematik. Teori yang digunakan merangkumi Pendekatan Pengurusan Sastera, Teori Kecerdasan Emosi Goleman, D. (2000) dan Teori Keusahawanan Kirzner (1973). Dapatan kajian menunjukkan bahawa Anwar Ridhwan menampilkan tiga corak kepimpinan utama: autokratik melalui watak Jeneral dalam Naratif Ogonshoto, demokratik dan transformasi melalui watak Pak Hassan dalam Hari-hari Terakhir Seorang Seniman serta afiliasi bercampur laissez-faire melalui watak Pawang Kri dalam Arus. Analisis ini merumuskan bahawa kepimpinan dalam karya tersebut bersifat hibrid, menggabungkan nilai tradisional dengan strategi moden dan keberkesanannya bergantung pada kesesuaian gaya dengan konteks sosial. Kajian ini memberikan implikasi penting terhadap pengembangan teori sastera, pengajian kepimpinan, dan pembangunan sosial budaya. Selain memperkaya wacana akademik, dapatan ini menawarkan panduan praktikal bagi pembentukan pemimpin masa hadapan yang mampu menyeimbangkan tradisi dan inovasi. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |