UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Ibrahim Khalil Abd Halim
Additional Authors :
  • Fauziah Mohd Sa"ad
Title :Ketahanan mental dan personality diri sebagai peramal kesihatan mental dalam kalangan pegawai kadet pelapes
Hits :9
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan ketahanan mental dan personaliti diri sebagai peramal kesihatan mental dalam kalangan Pegawai Kadet PALAPES tahun ketiga di universiti awam Malaysia. Kajian keratan lintang berbentuk kuantitatif ini melibatkan 268 responden yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Instrumen yang digunakan ialah Mental Toughness Index-8 (MTI-8), Mini-International Personality Item Pool (Mini-IPIP) dan Depression Anxiety Stress Scale-21 (DASS-21). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, korelasi Pearson dan regresi berganda hierarki pada aras signifikan p < 0.05. Dapatan menunjukkan ketahanan mental mempunyai hubungan negatif yang signifikan dan sederhana dengan kesihatan mental (r = -0.360, p < 0.001). Dimensi Neurotisisme menunjukkan korelasi positif yang signifikan dan kuat dengan simptom kemurungan, kebimbangan dan stres (r = 0.510, p < 0.001), manakala dimensi Kesedaran menunjukkan hubungan negatif yang signifikan dan sederhana dengan kesihatan mental (r = -0.401, p < 0.001). Analisis regresi berganda menunjukkan bahawa lima dimensi personaliti secara bersama menerangkan 33.2% varians kesihatan mental (R_ = 0.332), manakala analisis regresi hierarki mendapati penambahan personaliti ke atas model ketahanan mental meningkatkan varians yang diterangkan kepada 34.8% (R_ = 0.348, p < 0.001). Neurotisisme dikenal pasti sebagai peramal risiko paling dominan, diikuti Kesedaran dan ketahanan mental sebagai faktor pelindung yang signifikan. Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan bahawa ketahanan mental dan personaliti diri merupakan konstruk psikologi yang penting dalam meramal kesejahteraan mental Pegawai Kadet. Dari sudut teori, dapatan ini memperkukuh kerangka personaliti Big Five dan konsep ketahanan mental sebagai faktor risiko dan faktor pelindung yang relevan dalam konteks ketenteraan. Dari sudut praktikal, kajian ini mencadangkan keperluan pelaksanaan saringan awal profil psikologi berisiko, pengukuhan modul latihan berasaskan ketahanan mental serta pembangunan intervensi psikologi pencegahan dan sokongan psikososial yang lebih sistematik dalam program PALAPES bagi memperkukuh daya tahan emosi, kesiapsiagaan kepimpinan dan kesejahteraan mental jangka panjang Pegawai Kadet. Kata kunci: Ketahanan mental, personaliti diri, kesihatan mental, Big Five, PALAPES, Pegawai Kadet, kesejahteraan psikologi
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.