UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Saravanan Muthiah
Title :Kadar pulangan pendidikan kepada guru
Hits :6
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2014
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Objektif  kajian ini ialah untuk  menganggarkan  kadar pulangan  pelaburan  dalam pendidikan  bagi   guru. Selain  daripada  itu, objektif  kajian  ini  juga  ialah  untuk mengenal pasti insiden  terlebih dan terkurang pendidikan dalam kalangan guru. Reka bentuk  kajian  ialah  kajian   kuantitatif  iaitu  maklumat  dikumpulkan  dengan menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri  daripada seramai 400 guru tetap yang berkhidmat  di sekolah  rendah  dan menengah  di Alor Setar,   Kedah.  Persamaan Pendapatan  Mincer  (1974)  digunakan  untuk  menganggarkan  kadar  pulangan  pelaburan dalam pendidikan bagi guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa purata kadar pulangan  pelaburan dalam pendidikan bagi setahun persekolahan untuk guru yang terlibat dalam kajian ini  ialah 8.6%.  Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wujud insiden terlebih dan terkurang pendidikan  dalam kalangan guru di negara kita. Guru yang berkelayakan sarjana berpendapat bahawa kelayakan  ikhtisas yang mereka miliki adalah lebih tinggi daripada kelayakan  yang diperlukan  untuk   melakukan pekerjaan  mereka  sekarang,  khususnya  yang  berada  di  sekolah  rendah.  Wujud  persoalan adakah golongan ini perlu diberi perhatian khusus supaya kelebihan ilmu dan  kemahiran   yang  mereka  miliki  dapat  dimanfaatkan  dalam  pembangunan pendidikan negara. Oleh itu, kajian  yang lebih komprehensif dengan data yang lebih besar perlu dilakukan untuk  menjawab isu tersebut.  lmplikasi kajian ini ialah para guru dapat menganggarkan kadar pulangan pelaburan dalam pendidikan.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.