Penerapan elemen 4kin dalam rancangan pengajaran harian guru Bahasa Tamil sekolah rendah
Type
Thesis
Main Author
Viknesvaran Muniandy
Additional Authors
Md Nasir Masran (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2026
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi menilai sejauh mana guru Bahasa Tamil sekolah rendah mengintegrasikan elemen 4K1N (Kolaborasi, Komunikasi, Pemikiran Kritis, Kreativiti dan Nilai) dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), mengenal pasti bagaimana aktiviti pengajaran dan pembelajaran mencerminkan prinsip 4K1N serta meneliti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaannya. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan campuran yang menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Bagi pendekatan kualitatif, seramai lapan orang guru Bahasa Tamil sekolah rendah di daerah Hilir Perak telah ditemu bual menggunakan protokol temu bual separa berstruktur yang dibahagikan kepada empat bahagian utama, iaitu Bahagian A: Pengenalan dan Pembinaan Rapport, Bahagian B: Latar Belakang dan Pengalaman Responden, Bahagian C: Pemahaman, Amalan dan Cabaran Pelaksanaan 4K1N serta Bahagian D: Cadangan dan Harapan. Protokol ini bertujuan mendapatkan maklumat mendalam tentang tahap kefahaman, amalan serta cabaran sebenar guru dalam menerapkan elemen 4K1N. Bagi pendekatan kuantitatif pula, seramai 66 orang guru Bahasa Tamil telah melengkapkan soal selidik berskala Likert lima mata yang mengandungi 35 item dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian A: Maklumat Demografi, Bahagian B: Tahap Penerapan Elemen 4K1N dan Bahagian C: Cabaran Guru dalam Penerapan Elemen 4K1N. Data dianalisis menggunakan Statistik Deskriptif, Korelasi dan Regresi bagi menjawab persoalan dan objektif kajian. Dapatan menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Tamil mempunyai tahap integrasi elemen 4K1N yang tinggi dalam RPH mereka (min = 4.39), dengan penekanan terhadap aktiviti kolaboratif dan komunikasi. Terdapat hubungan positif antara kecekapan guru dan pengintegrasian elemen 4K1N (r = 0.414) serta hubungan yang kuat antara integrasi ICT dan elemen 4K1N (r = 0.70). Walaupun guru menghadapi kekangan sumber dan inisiatif, mereka tetap berupaya menyesuaikan diri dan melaksanakan prinsip PAK21 secara berkesan. Kajian mencadangkan pembangunan profesional berterusan, bimbingan rakan sebaya dan penyediaan sumber pengajaran yang disesuaikan dengan 4K1N sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan kemahiran abad ke-21 dalam pendidikan Bahasa Tamil
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.